kaedah hilangkan jaundis

Petua Hilangkan Kuning Baby Baru Lahir.

Jaundis atau biasa disebut ‘baby kuning’ adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Mengikut pengkongsian secara verbal, 70% daripada bayi yang baru dilahirkan akan mengalami jaundis pada minggu pertama kelahiran. Ada juga Confinement Lady yang mempunyai pengalaman bertahun menjaga orang dalam pantang berkongsi pengalaman yang semua bayi baru lahir yang dijaganya menghidapi kuning atau jaundis ini.

Terdapat beberapa jaundis yang selalu terjadi dan tidak berbahaya. Ianya bermula selepas 48 jam kelahiran dan beransur hilang. Biasanya disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Fisiologi Jaundis adalah keadaan kuning di kalangan baby yang berumur 2 sehingga 7/14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa dan tak semuanya memerlukan rawatan. Menurut APA, sebanyak 60 peratus bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama.

Patologi Jaundis pula adalah keadaan kuning yang dikesan dalam masa 24 jam selepas baby dilahirkan, Keadaan ini memerlukan rawatan serta merta. Ia mungkin disebabkan ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak.

Ada juga Prolonged Jaundice yang kuning bayi melebihi 14 (matang)-21(pramatang) hari selepas dilahirkan. Kebanyakan keadaan ini tidak membahayakan tetapi ia mungkin juga merupakan tanda hati bayi ada masalah yang serius.

Kaedah Turunkan Kuning Bayi Baru Lahir.

  1. Jika ditanya ahli perubatan, kaedah terbaik untuk hilangkan kuning bayi adalah dengan kaedah fototerapi. Bayi diletakkan di bawah lampu biru yang mempunyai bacaan 450 nano water. Namun tidak ramai ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka tidak berbaju dijemur di bawah lampu biru ini. Lampu biru ini akan menukarkan bilirubin kepada biliverdin sebelum dikeluarkan melalui proses perkumuhan.
  2. Berikan susu ibu sekerap mungkin. Susu ibu adalah penawar terbaik untuk turun kuning bayi. Disyorkan untuk bayi menyusu sebanyak 3 jam sekali atau 8-12 kali sehari untuk menggalakkan pergerakan usus.
  3. Cara ketiga adalah dengan membalut bayi anda dengan selimut fiber optik yang dikenali sebagai bili-blanket atau bili-pad.
  4. Jika ketiga-tiga rawatan di atas ini tidak memberi perubahan dan bacaan kuning baca anda melebihi 428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan untuk menggantikan darah bayi tersebut dengan darah penderma normal.

4 cara turunkan kuning bayi di atas ini adalah kaedah yang sudah terbukti secara saintifik. Namun, jika ditanya ramai, pelbagai petua yang mereka kongsikan untuk cara mudah hilangkan kuning bayi baru lahir.

Walaupun cara-cara ini tidak terbukti atau disahkan selamat, ada yang tetap mencubanya. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau pakar kanak-kanak sebelum mencuba cara-cara turunkan kuning yang tidak pasti keberkesanannya ini.

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Pada Baby Baru Lahir:

#1 Menjemur bayi

Sinaran matahari yang secara tidak langsung (menerusi cermin/tingkap etc) tidak boleh mengurangkan kuning anak. Sinaran secara langsung melebihi jam 9 pagi pula boleh mengakibatkan bayi menjadi kering(dehidrasi) atau kenaikan suhu bayi. Ini juga merisikokan bayi terhadap masalah kulit pada masa akan datang.

2. Jangan Beri Minum Selain Susu Ibu

Memberi bayi berusia kurang 6 bulan minum selain susu ibu seperti susu lembu dan kambing, air perahan anggur, madu asli, air tebu hitam, serbuk mutiara atau sengkuang cina adalah sangat berisiko.

Sedia maklum, usus bayi di bawah 6 bulan belum lagi matang. Pemberian makanan selain susu ibu akan menyebabkan penyakit usus lain. Tidak hari ini mungkin dalam tempoh masa yang panjang.

Contohnya, susu kambing segar mengandungi protein yang tinggi. Ianya baik kepada orang dewasa tetapi tidak kepada bayi. Ini mungkin menyebabkan darah bayi berasid urik atau menyebabkan alahan.

3. Bayi minum air masak/ air rendaman beras

Walaupun perkara tidak nampak berisiko tetapi ianya tidak digalakkan. Bayi baru lahir yang minum air berlebihan akan menyebabkan pencairan garam sodium di dalam darah dan mencetuskan serangan sawan.

4. Ibu harus banyak makan ubat jamu

Ibu yang menyusu badan sangat penting menjaga pemakanan. Ibu menyusu bayi yang ada jaundis perlu elak makan jamu kerana sesetengah bahan kandungan jamu menjejaskan kualiti susu ibu.

5. Memandikan bayi dengan campuran pelbagai

Ini juga petua orang lama untuk turunkan kuning bayi. Ada yang campuran air mandian dengan bunga, sirap, asam jawa, air peria dan ada juga air teh. Namun, secara saintifik tidak dapat dipastikan kaitan bahan ini semua dengan kuning bayi.

6. Hentikan susu ibu dengan alasan susu ibu menyebabkan kuning

Penawar terbaik kepada kuning bayi adalah SUSU IBU! Seboleh mungkin, cubalah jangan hentikan pemberian susu badan ini. Melainkan susu badan ibu didapati ada jangkitan.

7. Ibu mesti berhenti makan makanan yang warna oren/kuning

Makan betik berwarna kuning, boleh sebabkan bayi kuning?? Karot juga tak boleh? Oren pun sama..Carotene dalam makanan-makanan tersebut kalau makan berlebihan memang akan menyebabkan kulit anda (bukan baby) jadi kuning, tetapi ini bukan jaundis! Ia tidak membahayakan.

Anda tidak perlu bimbangkan kuning anak sekiranya:

  • Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
  • Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
  • Bayi sihat dan aktif.

Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Kesimpulannya, ibu bapa kena tahu ilmu asas tentang penyakit baby kuning atau jaundis kerana dapat mengelakkan anda daripada menjadi cemas, kemurungan. Seterusnya anda mengambil langkah yang salah dengan memberi makan/minum yang tidak sepatutnya kepada bayi yang baru lahir.

Sumber: FB Dr Berries / MyHealth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge