spesis obor-obor

Sengatan Obor-obor Boleh Bawa Maut

Melihat obor-obor yang sedang berenang di permukaan air memang kelihatan cantik. Tapi awas, anda dinasihatkan agar tidak memegang, menyentuh atau menyimpan obor-obor Velella velella atau turut dikenali engan nama panggilan ‘by-the wind sailors’ yang sedang aktif berenang atau pun yang sudah mati terdampar di pantai.

Hidupan marin berwarna biru itu mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa, namun berbahaya kepada kanak-kanak kerana boleh menyebabkan rasa gatal dan juga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian dalam masa tiga minit.

Ketika cuaca panas dan kering, kehadiran obor-obor di pesisiran pantai semakin bertambah. Populasi obor-obor di perairan Malaysia dikatakan tinggi dalam bulan Julai, Oktober, November dan Disember yang mana kebanyakan obor-obor ini boleh dijumpai di semua perairan negara tropika.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz memberi peringatan itu susulan maklumat yang diperolehnya mengenai peningkatan jumlah obor-obor di sekitar perairan negara berikutan musim panas ketika ini.

Walaupun hanya dua spesies obor-obor yang dikesan aktif di negara ini iaitu Chirop­soides Buitendijki dan Morbakka, namun kehadiran spesis Irukandji adalah paling berbahaya ia kerana mampu membunuh manusia dalam masa yang singkat.

Spesis Obor-obor

Untuk makluman, daripada 2,000 spesies obor-obor yang diketahui, lebih kurang 100 spesies sahaja yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia

Portuguese man o’ war mempunyai gelembung untuk terapung dan memiliki ekor yang sangat beracun manakala Velella velella mempunyai layar dan tidak mempunyai ekor.

Ada juga spesis Physalia iaitu haiwan dalam kategori filum cnidaria yang berada bersama-sama obor-obor ditemui di Perairan Terengganu. Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau jika terkena pada badan. Haiwan ini biasanya dijumpai di Lautan Pasifik. Setakat ini, tiada antivenom untuk bisa yang disebabkan sengatan Physalia. Rawatan adalah berbentuk ubat penahan sakit dan melegakan simptom

Kesan Sengatan Obor-obor Kepada Manusia

Spesies obor-obor lain juga berbahaya kerana seawal tiga minit juga (selepas disengat) ia boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi, pening, muntah, tekanan darah naik secara mendadak dan masalah kulit.

Antara kes terbaru yang disebabkan oleh sengatan obor-obor adalah melibatkan kes kematian seorang kanak-kanak warga Perancis berusia 5 tahun di Pulau Pangkor. Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati ada kesan lilitan dipercayai sengatan obor-obor pada bahagian perut, tangan kiri dan kaki kiri.

Cara Kurangkan Kesan Sengatan Obor-obor

Ada sesetengah laporan mengatakan yang kita boleh guna cuka untuk letak dekat kawasan berbisa tetapi tiada sebarang pengesahan dari sudut saintifik.

Langkah terbaik yang boleh diambil apabila terkena sengatan obor-obor ialah basuh dengan air laut dan perlu segera ke hospital. Kalau boleh maklumkan apakah warna obor-obor itu atau ciri-cirinya untuk memudahkan rawatan perubatan diberi kepada mangsa.

Apa Perlu Dilakukan Jika Terjumpa Obor-obor Di Pesisiran Pantai?

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh obor-obor kerana dibimbangi daripasa spesis berbisa.

Anda dinasihatkan untuk tidak mandi atau melakukan aktiviti pantai jika melihat kehadiran obor-obor sehingga spesiesnya dapat dipastikan tidak berbahaya.

Sekiranya menjumpai mana-mana spesies obor-obor, orang ramai disaran untuk maklumkan kepada Pejabat Perikanan yang terdekat atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

Apabila mendapat laporan, pihak PBT akan memasang papan tanda peringatan kepada pengunjung pantai agar tidak menyentuh obor-obor berkenaan

One Reply to “Sengatan Obor-obor Boleh Bawa Maut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge