kad debit maybank baru

Cara Ganti Kad Debit Maybank Secara Online di Maybank2U

Sebelum ini, bila kad debit Maybank menghampiri tamat tempoh, anda pasti terasa malas untuk menggantikannya dengan kadar segera. Sehinggalah kad debit tersebut tidak dapat digunakan lagi, barulah kelam-kabut ingin menukarkannya dengan kad debit baru.

Sebelum ini juga, jika ingin membuat kad debit Maybank yang baru, anda perlu memohon di kaunter mana-mana cawangan Maybank. Ada kala, anda perlu beratur panjang.

Kini, anda tidak perlu ke cawangan Maybank lagi. Anda boleh memohon penggantian kad debit Maybank secara atas talian (online) di www.maybank2u.com.my . Anda juga tidak perlu mengambil kad debit Maybank baru di mana-mana cawangan Maybank, pihak Maybank akan dihantar ke rumah anda!

Cara Ganti Kad Debit Maybank Secara Online

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti secara online kecuali jika kad berkenaan hilang, dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.

  1. Login Maybank2u.com.my
  2. Pilih – Settings
  3. Pilih – Cards
  4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block
  5. Tekan titik tiga di bahagian kanan
  6. Pilih Replace Card
  7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card
  8. Klik “request SMS TAC” dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.
  9. Masukkan nombor TAC dan tekan CONFIRM

Baca Juga: Cara Register MAE

Anda akan menerima kad debit Maybank baru anda dalam masa 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Setiap pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda.

Bila kad baharu sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran iaitu sama ada di ATM Maybank atau secara dalam talian.

Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Baru di mesin ATM

  1. Masukkan kad
  2. Pilih bahasa
  3. Masukkan nombor PIN
  4. Pilih Transaksi lain
  5. Pilih Perkhidmatan lain
  6. Tekan skrin berikutnya
  7. Tekan pada Pengaktifan Kad

Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Baru Secara Online

  1. Log masuk laman web Maybank2U
  2. Klik Settings
  3. Klik Cards
  4. .Klik Manage Debit Cards
  5. Klik Activate

Anda perlu mengaktifkan kad debit baru dalam masa 90 hari selepas permohonan.

Jika gagal, anda perlu membuat permohonan kad baharu semula dan caj pertukaran RM 12 akan dikenakan.

Berkenaan dengan PIN pula, anda masih lagi boleh menggunakan PIN yang sedia ada dan tidak perlu tetapkan yang baharu. Bagaimanapun, jika ingin mengubah PIN, anda boleh melakukannya di ATM Maybank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge