Tabung Haji Tak Laksanakan Badal Haji. Yang Memungut Badal Haji, Janganlah Menipu.
Hari ini, lambakan iklan yang mempromosikan pakej badal haji pada harga tidak munasabah perlu diberi perhatian serius kerana ia seolah-olah tindakan mengambil kesempatan dan sengaja mengaut keuntungan dengan mudah.
Lembaga Tabung Haji (TH) yang memainkan peranan penting di Tanah Suci pun tidak melaksanakan badal haji tahun ini kerana menyedari pelbagai peraturan yang ditetapkan Arab Saudi.
Lebih mencurigakan, pakej harga tidak berasas sedangkan kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kos permit haji pada kadar tertentu termasuk untuk rakyat tempatan.
Kalau anda perhatikan senarion iklan mengambil upah untuk Badal Haji, ada yang mengambil upah badal haji pada pakej serendah RM500 sehingga RM1,500. Ada agensi haji dan umrah dikesan menawarkan ratusan tempat untuk khidmat mengerjakan badal haji musim dengan pelbagai pakej dan bayaran murah antara RM1,700 hingga RM3,000 seorang.
Persoalannya ialah TH sendiri pun tidak laksanakan badal haji pada masa sekarang kerana peraturan kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kita untuk laksana badal haji atau pungut duit untuk badal haji.
Perkara ini dikongsikan oleh Tengku Aziz Raja Abdullah yang merupakan Pengarah Operasi Bimbingan Lembaga Tabung Haji.
Maksud Badal Haji
Badal haji bermaksud ibadah haji yang diupahkan kepada seseorang untuk dilaksanakan sebagai ganti kerana adanya halangan tertentu seperti sakit, usia tua (uzur) atau kematian ke atas orang yang seharusnya mengerjakan haji. Orang yang melaksanakan haji badal pula disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya terlebih dahulu.
Baca Juga: Cara Daftar THiJari Online
Pakej Guna Nama Pelajar Malaysia
Untuk makluman, sesetengah pakej menggunakan nama pelajar Malaysia yang tinggal di Madinah dan Makkah, sedangkan pelajar di situ hanya tinggal kira-kira 15 orang, malah mereka sendiri telah menyatakan ketidaksanggupan mengambil badal haji kerana kos yang mahal.
Ini berikutan untuk mengupah penduduk bermastautin di Arab Saudi melakukan ibadah itu, mereka perlu mempunyai permit untuk memasuki Arafah dengan bayaran SR12,000 (RM14,000) seorang berbanding sebelum ini SR2,500 (RM2,900) saja.
Selain itu, terdapat gelang khas yang perlu dipakai jemaah haji untuk melepasi pintu di Arafah bagi mengelakkan lambakan jemaah haji keterlaluan.
Ada agensi yang menawarkan potong harga di antara RM500 hingga RM700 sekiranya segera mendaftar untuk 100 tempat terawal.
Pakej Badal Haji Guna Penduduk Indonesia Bermaustatin di Arab Saudi
Sebuah agensi lain mendakwa, untuk tahun ini pihaknya menawarkan lebih 250 tempat untuk badal haji dengan sebahagian besar sudah diisi, manakala satu lagi syarikat mendakwa masih mempunyai 50 kekosongan sebelum tarikh tutup hujung bulan ini.
Rata-rata agensi terbabit mendakwa, mereka mempunyai kemampuan untuk menguruskan badal haji tahun ini dengan menggunakan perkhidmatan penduduk Indonesia yang bermastautin dan bekerja di Arab Saudi selepas membuat pemilihan berdasarkan kredibiliti ditetapkan.
Jurucakap sebuah syarikat berkenaan berkata, pemilihan dilakukan syarikat terbabit berdasarkan kriteria tertentu, termasuk mengetahui hukum dan asas badal haji memandangkan ia adalah amanah dan kepercayaan.
Pihak yang berminat dengan badal haji juga disaran memainkan peranan dengan mengenal pasti identiti pelaksananya dan tidak hanya membayar tanpa usul periksa kerana terdapat syarat tertentu dan bukannya boleh dilakukan oleh sesiapa jua.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan janji manis akan menerima sijil, air zam zam dan sejadah sebagai hadiah penyertaan badal haji kerana ia boleh dibeli di mana-mana sahaja dan apatah lagi tiada pengesahan jelas ia dapat dilakukan pada musim haji kali ini.
Kos Badal Haji Terlalu Tinggi
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, berkata berikutan kos melakukan badal haji yang tinggi serta syarat ketat dikenakan kerajaan Arab Saudi, ia dengan sendirinya membataskan had untuk seseorang mendapatkan perkhidmatan badal haji.
“Juga adalah mustahil untuk bakal jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini melakukan badal haji kerana saya percaya hanya lima peratus saja jemaah yang pernah menunaikan haji sebelum ini, manakala selebihnya baru pertama kali.
Syarat Utama Pelaksana Badal Haji
“Mereka yang mengupah badal haji perlu tahu, syarat utama pelaksana yang melakukan badal haji itu mestilah pernah menunaikan haji sebelum ini, jadi mana mungkin ia dapat dilakukan jemaah dari Malaysia,” katanya.
Ahmad Ruzman juga berkata, sekiranya bayaran ibadah badal haji dikenakan pada harga RM3,000 sekali pun, untuk mendapatkan jemaah dari negara ini amatlah sukar disebabkan kekangan syarat utama itu dan bayaran permit penduduk bermastautin di Arab Saudi sangat tinggi.
“Malah sejak 2017, kerajaan Arab Saudi sudah mengehadkan penduduk tempatan untuk melakukan ibadah berkenaan.
Banyak Agensi Berdaftar Tidak Tawar Servis Badal Haji
“Disebabkan itu juga, THTS sudah lama tidak menawarkan perkhidmatan itu kerana kesukaran mendapatkan pelaksana ditambah dengan kuota haji yang sudah ditetapkan kerajaan Arab Saudi ketika ini.
Bagi mereka yang memberi, pastikan betul-betul bagaimana mereka boleh laksanakan kerana kita di Tanah Suci pun memang kalau situasi sekarang susah hendak laksanakan badal haji. Dan mereka sendiri (penduduk dan pelajar) tidak sanggup dengan kadar permit yang ditetapkan Arab Saudi.
– BERNAMA || Berita Harian
Kesian kalau kena tipu macam ni kan
ipinz recently posted…Stress vs Burnout – Apa Perbezaannya