
Hukum Seorang Suami Memuji Dan Melihat Wanita Lain?
Apakah hukum seorang suami memuja & memuji wanita lain selain isteri , suka melihat gambar perempuan dan gambar perempuan menjolok mata,
Hukumnya haram dan berdosa.
Kenapa sebelum berkahwin seorang lelaki melihat isterinya cantik. Namun selepas 10 tahun berkahwin dia melihat semua wanita cantik kecuali Isteri saya.
Kerana matamu yang penuh maksiat, penuh syaitan. Mata yang banyak maksiat suka pada benda yang haram, yang halal dia tak suka.
Jadi tundukkanlah pandangan mata.
Segalanya bermula dari mata, turun ke hati seterusnya turun ke nafsu.

Bagaimana kemudiannya pula timbul syahwat, apa yang harus dia lakukan?
Jika seorang suami melihat aurat wanita lain, kemudian timbul syahwat, hendaknya dia menemui istrinya dan melakukan hubungan intim dengannya.
Ini berdasarkan hadis dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat seorang wanita, kemudian beliau langsung menemui istrinya Zainab, yang ketika itu sedang membersihkan kulit untuk disamak. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menunaikan keinginannya dengan istrinya.
Nabi saw. bersabda, “Jika salah satu dari kalian dibuat heran oleh seorang wanita, lalu wanita itu jatuh di dalam hatinya (membangkitkan syahwatnya), maka hendaklah ia bermaksud menuju istrinya, lalu berhubungan badanlah dengannya, karena sungguh hal itu dapat menolak apa yang ada di dalam dirinya (mengendalikan nafsunya). (H.R. Muslim)
Baca Juga: Hukum Melakukan Pembedahan Hidung
Jadi pandanglah isteri dengan penuh dengan kasih sayang. Cari kecantikan dalam diri isteri.
Begitu juga isteri, jaga maruah diri untuk suami. Jangan bergetar tulang perut, tulang jari & gatal tangan menaip komen tanpa sedar yang awak adalah seorang ibu & isteri.
Jangan terlalu obses dengan artis lelaki/perempuan melayu ke korea ke, hindustan ke.
Ia tetap HARAM kerana mereka LELAKI/ PEREMPUAN .
Memang suami / isteri kita tak marah sebab tu artis tapi tetap HARAM, jangan hanya kerana ada perkataan ARTIS.
Isteri dan suami harus hormat antara satu sama lain. Seboleh mungkin, elak like atau komen status berlainan jantina jika status tersebut tidak ada manfaat atau gambar yang terbuka aurat.