Review Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Oleh Jebat Jebat
Sejak hari pertama tayangan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, rata-rata penonton yang sudah menonton, memuji & kagum dengan kualiti filem arahan pengarah Syamsul Yusof. Ramai memberi review positif dengan penuh rasa patriotik di laman sosial masing-masing.
Antara banyak review yang dikongsi di laman sosial, kami tertarik dengan review oleh saudara Jebat Jebat yang menonton bersama keluarga seramai enam orang.
Review Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Semalam, selepas 2 tahun lebih tak masuk panggung wayang sebab PKP, Abg Jebat bawa sekeluarga seramai 6 org menonton filem Mat Kilau..Berkobar kobar nak tonton filem ini,Baca Review dari Zhaf dan komen2 netizen yg pergi tgk..Capai Handphone terus cari panggung terdekat. Hampir-hampir tak jadi sebab semua panggung dan waktu tayangan penuh. Kalau pun ada barisan menghadap screen.
Aduhhh..Kena mendongak bila nak tonton nanti..Takpe lah…Last-last sekali dapat juga di Aeon Kepong..4 barisan paling tepi..Ok lah..Terus buat bayaran..jam 8 malam gerak ke Panggung dari Gombak.
Apa yang best pasal filem Mat Kilau ini?
Pertama aku tak sabar sebab memang aku peminat Silat dan seorang pesilat sejak dari Remaja.. Semangat berkobarnya lain macam dan salah satu sebab tak sabar sebab Gerak silat yang aku pelajari ada dalam filem ini..
Ya. Seni Silat Sendeng. Gaya itu dalam gaya Mat Kilau dan pelakon Fatah Amin. Masa adegan pertempuran memang keluar habis buah pukul.
Mantap. Aksi dalam filem KL Gangster tapi dalam versi dialog nya lebih patriotik dan mendalam.
Ye lah. Pengarah nya orang yang sama iaitu saudara Syamsul Yusof. Sound effect tumbuk, sepak terajang memang berdentum dentam walaupun masih ada kelemahan dari gerak kamera. Lantak lah..Janji puas hati bila lawan dikalahkan..Bila musuh yang paling geram dapat disembelih dan ditikam.
Aku masa tu..Eeeeiii..padan muka…Geram aku.
Mula la kaki tangan aku genggam penumbuk..Rasa nak bangun..Rasa nak hentak dinding..
70% Aksi Silat Ditonjolkan
Ada 70% peratus aksi silat ditonjolkan.
Lakonan mantap pelakon hebat macam Adi Putra, Beto Kusyairy, Fatah Amin dan yang pegang watak sebagai Hitam dan Kelubi pun best . Dengan semua pembesar dalam filem nie main watak berkesan..
Cuma sebagai seorang lelaki, menitis juga air mata bila adegan isteri Wahid dibunuh kejam. Arghhh org perempuan. Bukan dia nak faham pasal perjuangan..Tanah air dah dijajah dia sibuk suruh suami berkepit kat rumah..Dah nyawa hujung leher baru suruh lawan. Geram pulak aku.
Tu belum lagi perempuan yang nak boikot filem nie pasal Pengarah dia tengah sesak dengan isu rumah tangga dengan perempuan pengacau tu..Kira perempuan semua betul.
Datang la panggung..Tu kan isu peribadi rumah tangga dia..Come on la..Filem nie tentang kebangkitan pahlawan..Siapa yang tengok , boleh berdiri bulu roma..Bila musuh di depan mata diorang nak hadap tapi lebih sakit bila ada musuh dalam selimut.
Celaka betul!
Perancangan last sekali masa team Avenger Mat kilau nak hadap musuh nie dah Ngam dah..Serang secara Gerila musuh-musuh dan tentera British ( aku heran apa pasal semua tentera gurkha) mana tentera British betul-betul..Buat jerangkap samar..Serang hendap sebab mcm mana nak lawan musuh yg ada senjata api sedang team Mat Kilau cuma ada Pedang, Parang, Sabit, Panah, Keris,Tekpi..
Strategi kena bijak..Betul lah serang secara gerila..Baru musuh terkejut..Last sekali boleh pulak hadap tentera British secara terbuka..Habis la kena hentam kena bedil dengan senapang dan meriam .Arghhh..Bab nie spoil betul..Nasib baik aksi lawan Mat kilau dan Toga ( si Pembunuh upahan) dan Aksi Wahid lawan dengan sorang lagi Pembunuh Upahan buat aku tak senang duduk..Liat betul nyawa dia.
Aku masa ni rasa macam nak masuk dalam tolong sekali..Setan betul! Demmm…!
Ko buat aku tak senang duduk. Anak Isteri aku yang tengok pun kata seronok. Senang la aku masuk jarum nak suruh belajar silat dengan Ayah nanti..Ingat senang nak jaga tanah air..Jaga Agama dan Bangsa tanpa ilmu perang..Kosong di dada..Asyik lawan Game dalam HP. Sampai sudah Lembik. Bergegar jiwa raga aku. Ilmu silat yang duduk dalam badan nie meronta-ronta nak keluar.. Nak suruh aku beraksi semula!
Boleh Rasa Kata-kata Mat Kilau
Serius la weiii..Kalau kau tgk filem nie..Kau boleh rasa kata-kata Mat kilau..Kau nak buat gerakan .Kau kena sabar..Tak boleh Sembrono..Kau rasa kau bijak .Musuh ramai dan Lengkap..Sabar..Kau Gelojoh ada nyawa lain yang akan melayang.
Banyak Elemen padu dalam filem nie..Baru kau rasa kau melayu. Kau islam yg ada tanggungjawap pada ABATA.
Secara keseluruhan Review aku pasal filem Mat kilau nie aku bagi 7/10 tentang skrip, dialog semua ok pada aku..Aksi lawan tu padu cuma zoom terlalu dekat..Banyak sgt Cut. Paste. Sambung. Takde plak aksi yg kau betul-betul kuasai Gerakan silat. Kat sini kurang.
Tapi perjalanan cerita dari awal. Memang kau tak senang duduk. Semua perasan ada.
Kalau Syamsul Yusof nak sambung lagi perjalanan filem Mat Kilau nie memang boleh lagi..Aku tak puas hati bila tentera British dalam filem nie kau tak Ganyang cukup cukup..Lanyak tentera Gurkha ja..Dem betul!
Nanti sambung, Buat je Mat kilau sembelih tentera British. Ketua dia kau Penggal kepala. Kau hiris dgn parang. Kau rodok dgn kerambit. Kau tikam Dalam Dalam dgn Keris. Tu baru puas hati.
Aku faham kenapa adegan mcm tu takde. Habis musuh hentam orang Melayu dgn kata kata hina..Terasa betul!
Negara nie bukan sumber bahan mentah untuk British. Kalau aku hidup zaman tu, memang aku cincang lumat musuh-musuh nie semua…Ok la..
Sekian la Review aku pasal filem Mat kilau nie..Tak pernah aku review apa-apa filem pun sebelum ni.. Bukan bidang aku.
Tapi last sekali untuk semua sahabat FB aku, pergi la tonton filem Mat Kilau. Ada sesuatu yang nak disampaikan pengarah. Hayati filem ini. Sekian.
Kesimpulan
Selepas membaca review filem Mat Kilau di atas, ada rasa semangat pahlawan Melayu berkobar-kobar tak? Kalau ada, tahniah kepada anda! Jom kita sokong filem kita, wajah kita.
Rasanya filem Mat Kilau berjaya membawa idustri perfileman tempatan ke satu arah tuju baharu. Diharapkan momentum ini dapat diteruskan oleh penerbit-penerbit lain dengan menghasilkan filem aksi Malaysia yang bermutu.
Mr RInggit recently posted…Membeli Kerambit Berpamor dan Kerambit Jati secara online.