charge-MyCash Out Debit

Bermula 1 Julai 2022, Transaksi Mydebit Cashout Dikenakan Caj RM0.50

Bermula 1 Julai nanti, bagi setiap transaksi secara MyDebit Cashout yang berjaya akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50.

Perkara ini telah dikeluarkan notis bank-bank yang menyediakan perkhidmatan ini di kedai-kedai runcit terpilih baru-baru ini.

Sekejap.

Apa Itu MyDebit Cashout ?

MyDebit Cashout ini merupakan satu perkhidmatan untuk pelanggan boleh mengeluarkan duit secara “tunai” di kedai-kedai/peniaga/ runcit MyDebit terpilih. Kalau ada yang perasan, dekat Giant pun ada.

Bagaimana nak tahu kedai itu boleh atau tak?

Kebiasannya peniaga tersebut akan letak notis kebenaran untuk membuat transaksi secara Mydebit Cashout. Jadi, kalau nampak ada notis boleh, bolehlah buat pengeluaran.

Kebiasaan peniaga akan menetapkan syarat minima untuk pembelian baranganya sebelum membenarkan pengeluaran secara MyDebit Cashout.

Baca Juga: Cara Beli Hibah Takaful Dan Jana Pendapatan

Function MyDebit Cash Out ni kat Giant ada, kedai runcit ada. Kau cakap kat cashier ada MyDebit Cash Out dik? Saya nak RM100 tunai. Nanti dia bagilah kau cash tu lepas touch kad. Kenalah caj servis 0.50 sen 1 transaksi. Jimat tak? Jimatlah dari guna Meps RM1. Kalau pendalaman takde ATM machine, ha ni lah gunanya MyDebit Cash Out. Tu budak2 asrama keluarkan duit kat koperasi, kat Ejen BSN berdaftar guna terminal pos. Ha macam tu lah. Faham ke tak? Tak faham, lantak kau lah hey 🤣🤣🤣

Contoh, situasi ada 2 iaitu ;

1. Pengeluaran secara penuh.

– Si Ali beli coklat RM10 di runcit yang ada pengeluaran Mydebit Cashout dan ingin mendapatkan duit tunai sebanyak RM100. Bermakna transaksi yang akan berlaku ialah RM110 dan RM10 daripadanya akan ditolak untuk bayaran coklat tersebut. ( nanti 1 julai dia tolak lagi RM 0.50 untuk setiap transaksi )

2. Pengeluaran secara baki

– Ali buat pengeluaran RM 100 dan juruwang kedai runcit itu menolak RM 10 (bayaran coklat) sebelum bakinya RM 90 diberikan kepada Ali secara tunai. ( nanti 1 julai dia tolak lagi RM 0.50 untuk setiap transaksi )

Menarik bukan?

Yelah. Daripada anda dikenakan caj RM 1 pengeluaran tunai, lebih baik anda menggunakan cara Mydebit Cashout ni. Jimat RM 0.50.

Tetapi, jika berdekatan anda ada mesim ATM, lebih baik menggunakan mesin tersebut untuk pengeluaran wang. Lebih jimat 🙂

One Reply to “Bermula 1 Julai 2022, Transaksi Mydebit Cashout Dikenakan Caj RM0.50”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge