the chicken rice shop

TCRS – Bisnes Jual Nasi Ayam Pun Raih Juta-juta Ringgit

Bisnes nasi ayam bukan perniagaan asing di Malaysia. Dari jualan di kaki lima sehinggalah ke pasaraya bertaraf kayangan, pasti menu ini menjadi pilihan ramai.

Mungkin ada yang tidak menyangka, bisnes nasi ayam mampu memberi pulangan yang besar.

Kami ingin kongsikan satu perkongsian di Facebook tentang perniagaan nasi ayam yang memberi pulangan jutaan ringgit.

Rata-rata rakyat Malaysia mengenali rangkaian kedai nasi ayam – The Chicken Rice Shop.

THE CHICKEN RICE SHOP BERHARGA RM220 JUTA??

Kami pasti ramai pernah menjamu selera atau mengenali jenama The Chicken Rice Shop (TCRS).

TCRS Restaurants Sdn Bhd (didagangkan sebagai The Chicken Rice Shop) ialah syarikat yang diperbadankan di Malaysia, yang ditubuhkan pada Jun 2000. The Chicken Rice Shop (TCRS) ialah restoran nasi ayam dan rantaian restoran keluarga halal di Malaysia.

Pengasas TCRS ni nama Puan Wong. Beliau memulakan perniagaan nasi ayam ini berdua bersama anak.

The Chicken Rice Shop menyediakan apa yang dipanggil “resipi rahsia nasi ayam Hainan tradisional nenek” dan masakan tempatan Malaysia.

Dengan kejayaan pertumbuhan TCRS di pasaran domestik mereka, mereka merancang untuk membawa budaya cara hidup rakyat Malaysia ke pasaran Indonesia pada 2007, diikuti oleh Australia, Singapura dan negara Asia lain. Slogan mereka ialah “Bukan Sekadar Nasi Ayam” (bahasa Inggeris: Chicken Rice and More).

Pada Jun 2018, dengan lebih daripada 100 cawangan di Asia Tenggara, TCRS kini adalah rangkaian restoran nasi ayam terbesar di dunia.

TCRS Dijual Kepada Syarikat Gergasi Jepun

Pada tahun 2019, Puan Wong telah menjual keseluruhan TCRS pada syarikat gergasi Jepun. Pengusaha restoran Jepun, Zensho Holdings Co Ltd bersetuju membeli rantaian restoran halal Malaysia, The Chicken Rice Shop (TCRS) membabitkan pertimbangan tunai sekitar RM220 juta (AS$52.86 juta).

Siapa sangka, hanya menjual nasi ayam, syarikat gergasi luar negara telah membeli dengan harga yang tinggi. Walhal TCRS bukanlah satu-satunya perniagaan Nasi Ayam Hainan Halal di Malaysia…

Ramai lagi pengusaha nasi ayam lain di Malaysia. Contohnya Nasi Ayam Chee Ming di Bukit Bintang tu pun sedap, siap Sultan datang Makan, sijil Halal terpampang jelas.

Tetapi kenapa TCRS telah berjaya dijual dengan harga jutaan Ringgit?

Bagi kebanyakan orang hanya melihat perniagaan itu hanya menjual nasi ayam.

Namun, ramai yang tidak nampak:

  1. Puan Wong bukan terus meniaga. Pada awal beliau hanyalah seorang kuli. Bekerja di restoran KFC selama lebih 20 Tahun. Itu kerja lama beliau.
  2. Daripada pengalaman bekerja di KFC, beliau memiliki ada database yang jelas. Market rakyat di Malaysia nak makan apa, ada di mana, Mall mana best atau tak best, area mana ramai customer, semua data itu beliau ada.
  3. Dia kenal supplier, owner mall, dan orang orang penting yang menguruskan semua itu.
  4. Puan Wong mendapat ilmu dan pengalaman menguruskan beribu cawangan KFC. Bukan KFC tak pernah ‘terlanggar dinding’ seperti kebanyakkan syarikat. Ada saja. Puan Wong saksi semua tu. Beliau simpan semua ilmu itu untuk beliau gunakan nanti.
  5. Puan Wong belajar daripada KFC tentang market ayam besar di Malaysia. Namun takder pulak dia cuba nak sailang boss lama dia ini. Beliau tidak buka kedai ayam goreng lawan KFC. Beliau nampak ketika ini. Walau pun dah level red ocean, tiada siapa buat produk nasi ayam rangkaian seperti KFC… Tak perlu nak lawan ayam goreng. Pasti kena kena kacau dengan syarikat lama. Jadi beliau mulakan perniagaan nasi ayam. Tiada siapa ganggu.
  6. Namun, Puan Wong menggunakan strategi KFC. Menu mudah, senang urus dan senang dijual. Walau belum ada orang komersilkan Nasi Ayam secara besar-besaran pada masa itu. Siapa yang tidak tahu menu Nasi Ayam ?? Product acceptence sudah ‘pasti menang’ sebelum beliau memulakan perniagaan..
  7. Mungkin dia dah lama kat KFC, Puan Wong ambil keputusan untuk tidak berniaga menggunakan sistem ‘Franchise’. Beliau tahu “dark side” industri francais di Malaysia. Pastinya beliau fokus long term sustainability daripada menjadi cepat kaya.
  8. Untuk pengetahuan pembaca, 100 outlet ini semua bukanlah cawangan ‘francais’. Beliau urus sendiri. Ini antara perkara utama kejayaan TCRS sebenarnya.
  9. Berbalik pada data, Pn Wong jelas nampak target market yang beliau ingin sasarkan. Jadi dia bina model bisnes yang tepat. Beliau ingin fokus pada Melayu marhaen biasa je. Harga nasi ayam TCRS adalah berpatutan untuk restoran di pasar raya besar. Sijil Halal terpampang jelas di pintu masuk di setiap outlet.
  10. Puan Wong ada modal. Ye la kan. Beliau sudah kerja 20 tahun lebih, pasti ada modal yang banyak.
  11. TCRS tetap ada pesaing. Sebelum ini, TCRS ( Sekitar awal tahun 2000) telah membuka outlet depan satu kedai Nasi Ayam di MidValley , dua-dua berada di bahagian hujung dan sama besar dan sama ramai pelanggan… (sekarang tempat ni dah jadi laluan untuk ke The Garden)… TCRS fokus bina jenama. Sebaliknya kedai Nasi Ayam di depan TCRS, walau lebib sedap, ada banyak masalah pengurusan. Akhirnya terkubur dek kesilapan sendiri.
  12. Nampak tak Puan Wong punya usaha nak bina Jenama?? Jinggle beliau di Radio dan TV memang kita takkan pernah lupa. Ciptaan logo dia pun padu. Marketing TCRS tak pernah berhenti. Sama keras seperti KFC.
  13. Menu TCRS adalah biasa, namun usaha TCRS luar biasa.Digabung pula dengan ilmu , pengalaman, data, sasaran pelanggan dan emosi rasa tamak.
  14. Akhirnya TCRS berjalan dijual dengan harga yang tinggi.
  15. Kalau Puan Wong boleh. Kita pun pasti boleh. Tidak perlu pun produk canggih sangat untuk meniaga. TCRS menjadi bukti.

Ini link bukti jualan jenama TCRS ni : https://www.reuters.com/…/chicken-rice-ma-zensho…

Semoga kisah Puan Wong, pemilik awal The Chicken Rice Shop ini menjadi inspirasi untuk anda semua berusaha lebih keras lagi. Selamat maju jaya!

Baca Juga: Kisah Inspirasi Pemilik Padini

Nukilan Asal: FB Mohd Nazri Md Akim

One Reply to “TCRS – Bisnes Jual Nasi Ayam Pun Raih Juta-juta Ringgit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge