Kesimpulan Tahun 2022. Panduan Dan Pedoman.
Hampir seminggu kita sudah meninggalkan tahun 2022. Jadi, apa kesimpulan yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan bagi menempuhi tahun seterusnya, tahun 2023.
Kami tertarik dengan senarai 15 Kesimpuan Tahun 2023 yang dikongsikan oleh Puan Normaliza Mahadi. Kami kongsikan di sini untuk tatapan sahabat pembaca semua.
Kesimpulan Tahun 2022.
1. Lagi simple hidup lagi bahagia
2. Hidup boleh sempurna walaupun pakaian hanya sekadarnya
3. Makanan yang ringkas lagi sedap dan selera.
4. Harta tak pernah cukup.
5. Angka di bank tak akan pernah memuaskan hati.
6. Tahun bertambah tapi umur berkurang. Jadi masa yang ada kena gunakan untuk menjamin tempat yang baik di akhirat.
7. Kawan, keluarga dan saudara mara semuanya datang dan pergi. Tak berbaloi sakit hati.
8. Duit yang ada di tangan bukan kita punya selagi belum dibelanjakan.
9. Nak mati kena sungguh-sungguh.
10. Pasangan hanyalah kurniaan selagi jodoh Allah tetapkan. Allah akan ambil dengan pelbagai cara dan kemungkinan.
11. Tak ada harta atau simpanan bukanlah sesuatu yang patut dibimbangkan. Yang bimbang hidup segan mati kerugian.
12. Kebahagiaan yang dikongsi orang dalam media sosial ini banyaknya hanyalah pembohongan.
13. Masa yang dibuang tak mungkin dapat diulang.
14. Hidup ini adatnya ke depan. Asyik pandang belakang akan memenatkan.
15. Pelaburan belajar AlQuran dan Sunnah adalah sangat menguntungkan. Tiada lain jalan ke Jannah kecuali memegang As Sunnah walaupun seperti terpaksa menggenggam bara di tangan.
Indah lagu disulam irama,
Enak suara lunak merdu;
Tertutup sudah kalendar lama,
Mula merancang dikalendar baharu.
Mr Ringgit recently posted…Infografik: Nak buat apa dengan duit gaji? Pay Yourself First.