tips hadapi kemelesetan ekonomi

Tips Menghadapi Kemelesetan Ekonomi (Economy Recession)

Seluruh dunia telah diberi peringatan termasuk Ketua Ekonomi Financial Times (Portal Ekonomi & Perniagaan Berpengaruh di Dunia) yang mana kegawatan ekonomi dunia kali ini adalah yang terburuk sejak Great Depression 1930. Adakah kita ambil kisah atau pandang enteng dengan amaran kemelesetan ekonomi terburuk ini?

Apa yang akan kita hadapi kali ini ialah Global Recession atau Kemelesetan Ekonomi Dunia yang berpadu dengan inflasi dan diiringi oleh Covid-22. Bukan negara Malaysia sahaja yang sedang menghadapai ancaman ekonomi ini.

Faktor Krisis Ekonomi

Antara faktor kemelesetan ekonomi ialah

  1. Fasa AWAL, krisis ekonomi dunia dan kelembapan ekonomi sedang berlangsung. Di mana Pengaruh Urusan IMF, Kristalina Georgieva telah mengistiharkan dunia sedang mengalami kemelesetan.
  2. ‘The Great LockDown’ susulan pandemik COVID 19 yang telah menyebabkan pertumbungan perdagangan dan aktiviti ekonomi serta uruniaga di seluruh dunia terjejas teruk
  3. Kadar faedah Amerika Syarikat sekarang ini oleh Bank Pusat mereka FEDERAL RESERVE iaitu 0.25 peratus suatu kadar yang terendah yang pernah mereka capai dahulu pada ketika krisis subprima tahun 2008/2009
  4. Permintaan dalam negeri dan eksport yang terus lemah
  5. Kadar pengangguran di Malaysia terus melonjak tinggi. 620,000 pada ketika ini, dijangka akan terus meningkat naik selepas ini
  6. Punca dan faktor juga bermulanya kemelesetan adalah disebabkan hutang yang tinggi. Hutang isi rumah di Malaysia sahaja antara tertinggi di Asia. Jika hutang terus tidak terkawal dek kerana masalah kena buang kerja & ketidakupayaan membayar pinjaman bank, ia mempercepatkan lagi krisis ekonomi terutamanya selepas tamatnya tempoh moratorium pinjaman bank iaitu pada 30 September 2020 ini.
  7. Harga minyak dunia di paras yang rendah dek kerana permintaan global yang terus melemah
  8. NAH, ini indikator paling penting iaitu pengumuman Suku pertama KDNK Malaysia adalah 0.7 peratus. Tetapi itu hanya meliputi sekitar 10 HARI SAHAJA tempoh PKP yang dijalankan sebelum ini. Berapa agaknya suku kedua KDNK dengan tempoh PKP yang berjalan selama 2 bulan lamanya?

Ini Penjelasan Tokoh Ekonomi Tersohor Negara, Professor Emeritus Dr. Zakariah Abdul Rashid:

  • Beliau jangka pertumbuhan ekonomi atau KDNK bagi SUKU KEDUA 2020 akan NEGATIF
  • Beliau juga bukan sahaja sukuan sahaja NEGATIF, tetapi untuk keseluruhan pertumbuhan ekonomi kita tahun 2020 adalah NEGATIF
  • Malah beliau berkata lagi, jikalau SUKU KETIGA KDNK masih NEGATIF lagi, ini bermakna SAH, Malaysia sedang memasuki krisis ekonomi malaysia iaitu (2 kali berturut setiap suku KDNK NEGATIF = kemelesetan)

Strategi Menghadapai Kemelesetan Ekonomi

1# Liquid Asset

Aset cair seperti wang tunai, akaun simpanan di Bank, Tabung Haji (TH), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Unit Trust dan Emas akan semakin turun nilainya. Definisi inflasi itu sendiri ialah terlalu banyak wang mengejar sedikit barangan.

2# Naikkan OPR

Antara strategi mengekang inflasi dari terus meningkat ialah naikkan OPR.

Naikkan OPR akan menaikkan interest pinjaman perumahan juga pinjaman lain yang flexible dan floating.

So orang ramai akan kekurangan wang tunai, kitaran wang jadi perlahan. Permintaan terhadap barangan akan jadi berkurangan.

Peniaga-peniaga tidak dapat menaikkan harga sebab demand pun slow.

Wang tidak terlalu banyak mengejar barangan yang sedikit, inflasi dapat dikekang.

Senang faham kan 😅

3# Turunkan Interest

Turkiye adalah negara yang menurunkan kadar interest. Google dan bacalah bagaimana Erdogan yakin dengan menurunkan interest akan membantu rakyat.

Ternyata ianya gagal juga. Malah disertakan dasar pemotongan cukai dan subsidi bahan api juga tidak berdaya mengekang kenaikan inflasi yang kini melebihi paras 60% dan matawang Lira pun menjadi teruk sekarang.

Jadi, sudah jadi mustahil kadar interest akan turun dalam tahun 2022 & 2023 ini, kita mesti berhenti berharap kepada kemungkinan ini.

4# ASB dan Tabung Haji

Sekian lama sebilangan kecil mengejek ASB dan TH memberi pulangan rendah, tetapi kali ini pulangan rendah lebih baik dari tiada pulangan.

Apa yang penting ?

Don’t lose our capital.

5# Sijil Simpanan Premium (SSP)

Ada yang tanya saya tentang SSP tu OK tak ?

Saya jawab OK. SSP sekarang ada pulangan seperti FD, capital guaranteed dan AWAS….Anda boleh menang MERCEDEZ, BMW malah Cash 1 Juta melalui cabutan SSP.

Lebih baik boleh berangan dari duit lebur entah ke mana.

Jika anda boleh simpan RM20K, tinggi sikit angan-angan tu. Jika boleh simpan RM100K mesti lagi besar angan-angan.

Sekurang-kurangnya menjadi hiburan dan duit pun tak hilang, sambil kayuh pulun buat bisnes betul-betul.

6# USD Currency

Saya suka matawang USD, asalnya sebab senang nak travel ke luar negara.

Saya tidak membeli secara DCA (dollar cost avergae), tapi ikut harga semasa, beli time rendah.

Tadi saya call Money Changer di Vista Alam yang saya biasa, dia kata kalau nak jual 4.440 , kalau beli 4.464 , Wah dah untung ni tapi saya nak simpan sampai 5.00 😅

7# Invest Unit Trust

Investment anda di Unit Trust atau Single Premium Plan tidaklah rugi jika anda tak jual. Untung dan Rugi tu jika anda jual.

Saya juga bercadang untuk menambah lagi pelaburan saya ketika harga akan semakin rendah nanti.

Saya tak suka buat DDA.

Ianya uncontrolled DCA.

Saya nak kawal DCA sendiri.

Orang kata tunggulah 6 bulan lagi, yea lagi 6 bulan pun saya top-up sikit lagi tengok harga nanti.

Kalau rugi nanti macamana ?

Saya tak risau tentang ini sebab saya takkan menjual jika harga rendah.

8# Emas

Emas harga rendah sekarang. Dijangkakan akan turun lagi.

Saya lebih suka membeli emas perhiasan atau emas 916 untuk isteri saya.

Biarpun pakar-pakar emas mengatakan rugi sebab ada kos upah, saya berpendapat ada juga untungnya.

Time ekonomi tak bagus, isteri saya tetap boleh terus pakai rantai emas dan lain-lain tu.

Senyuman isteri lebih tinggi nilainya dari kos upah.

Ianya pelaburan yang dimanfaatkan sepanjang zaman tak kiralah emas naik ke turun.

Sekali lagi, emas turun pun tak rugi juga.

Untung dan rugi hanya jika kita jual.

Kenapa jual time harga rendah ?

Nak pakai duit kan dah belajar mesti ada emergency fund atau cash fund.

9# Emergency Fund

Saya selalu baca orang kata kita mesti ada Emergency Fund 6 bulan.

Saya pernah tulis dulu, itu jika umur bawah 40 tahun sebab mereka boleh bangkit dan berusaha lebih kuat dan pantas.

Tapi bagi mereka yang berumur 40-an, emergency fund mestilah 12 bulan.

Mereka yang umur 50-an, emergency fund mestilah minimum 24 bulan.

Tak nak ikut pun takpe.

Yang susah nanti pun anda juga, bukannya orang lain.

10# Property

Ada kawan tegur saya, ada buat bisnes property ke ?

Ohhh rupa-rupanya saya kerap sangat menulis tentang property 😅

So saya tulis 4 perkara sahaja :

1) Jika anda terbeban giler oleh bayaran bank untuk rumah kedua, ketiga anda so jual jer lah.

2) Jika anda OK dan steady bertahan, jangan jual sebab dapat duit pun kan rendah nilainya , nak simpan kat mana, kan rendah pulangannya.

Property tak jatuh pun, ramai orang ada liquid asset tengah pasang strategy untuk convert ke property.

3) Jika anda nak convert kan sebahagian liquid aset anda untuk beli property, ianya bagus. Kemelesetan ekonomi ini tidak lama, time sub-sales below MV dan lelong pun harga rendah ni, bagus rebut peluang ini.

Apabila kemelesetan ekonomi berakhir nanti, anda boleh tersenyum tengok orang lain baru nak beli ketika harga dah meningkat.

4) Renovate rumah yang tak bagus sekarang. Tangguhkan dulu. Tapi kalau repair yang rosak itu OK 👌

11# Kereta Mewah

Jika anda ada kereta mewah seperti BMW, Audi dan lain2 yang dah berusia 15 tahun ke atas, jual ajer lah dari menanggung beban kos maintenance, kos wear & tear dan spare-parts yang meningkat.

Beli jer Vios atau City yang 2nd bayar cash kontra duit jual tu, lebih jimat kos maintenance dll. Tak yah pening-pening.

Bukan orang kagum pun kalau pakai kereta mewah yang lama-lama tu, orang kesian adalah.

Apatah lagi kalau income pun suam-suam.

12# Beli Kereta Baru

Wahhh HRV baru laku giler 😅

Saya tengok gambar HRV baru, memang cantik 😍

Begitulah, semua kereta-kereta baru akan nampak lebih cantik dan kereta HRV lama mesti nampak tak cantik dah lepas ni.

Actually saya dah terlepas dari perangkap pemikiran macam tu. Saya dah tak suka kepada benda-benda yang depreciated value seperti kereta baru. Kereta baru ni susut nilai 30% pada tahun ke 3.

Kalau nak, saya akan beli yang 2nd lagi 24 bulan dengan harga 70% atau saya tunggu lagi 60 bulan maybe saya beli dengan harga 30%. Bukan nak gi mana pun bawa kereta baru, gi Sabah ni pun naik kapal terbang dan kena menyewa kereta di sana.

Masa Asian Financial Crisis tahun 1997-98 dulu pun ramai tak mampu bayar kereta dan ada yang kena tarik. Hari ini, ancamana kita adalah Global recession, Bapak dan Sifu kepada Asia. Bila Amerika ni ekonomi meleset, Malaysia confirm ada impak.

13# Credit Card

Saya menggunakan Credit Card.

Saya redeem Voucher KFC dan McD dan makan percuma.

Pakai dulu duit bank, bila due bayar semua.

Yang salah penggunaan credit card ialah bayar minimum.

Senang2 jer Bank pau 18% p.a

Tak berbaloi anda simpan duit di bank, ASB, TH dll tapi ada outstanding kat credit card.

Kasi bayar habis.

Jika ada lagi outstanding, keluarkan duit ASB & TH anda bayar segera any outstanding credit card.

14# Impak Malaysia

Kemelesetan ekonomi Malaysia tidaklah teruk sangat seperti yang digambarkan oleh Lim Kit Siang yang membandingkan dengan Sri Lanka.

Ada 9 negara yang ada potensi mengikut jejak Sri Lanka :

  1. Afghanistan
  2. Argentina
  3. Mesir
  4. Laos
  5. Lubnan
  6. Myanmmar
  7. Pakistan
  8. Turkiye
  9. Zimbabwe

15# Takaful

Bisnes Takaful seperti biasa tidak terkesan oleh kemelesetan ekonomi.

Ramai Ejen Unit Trust kini bertindak bijak melangkah menambah lesen ambik TBE untuk buat sales takaful.

Rakan-rakan saya Leader di UT pun mengakui dan bimbang.

Saya kata solution nya mudah sahaja.

You join buat Takaful pun you boleh dapat rank Leader sebab you boleh bawa ejen-ejen UT you join team you di bisnes takaful.

Jika you lambat, You akan kehilangan sorang demi sorang buat bisnes takaful di belakang you join Leader lain.

Kenapa Takaful Kalis Ekonomi?

Kenapa takaful tak pernah terjejas oleh kemelesetan ekonomi.

Dalam masyarakat yang semakin sedar dan educated di negara maju, ianya tak akan berlaku. Tak tahulah kalau berlaku di Zimbabwe.

Kalau prospek kata, sekarang ekonomi meleset, gaji saya dipotong 20%.

Ejen Takaful akan jawab,

“Encik, walaupun gaji encik dipotong 20% tetapi risiko encik tidak dipotong 20%”

Risiko kematian tidak dipotong 20%

Risiko penyakit2 kritikal tidak dipotong 20%

Risiko kemalangan juga tidak dipotong 20%

Risiko encik tetap 100% malah boleh meningkat lagi dalam kemelesetan ekonomi.

Kalau prospek kata, sekarang ekonomi meleset, saya baru dibuang kerja, tunggulah saya dapat kerja baru, nanti saya ambik takaful dengan anda.

Ejen Takaful akan jawab,

“Encik, jika sudah tertulis Malaikat Maut akan datang mengambil nyawa seseorang minggu depan.

Malaikat tidak akan u-turn dan berkata kepada Tuhan,

si polan ni baru kena buang kerja,

Kesian pulak tengok anak2 dia pun kecik-kecik lagi.

Kita tunggu jer la dia dapat kerja dulu baru ambik nyawa dia.”

ah sudah!

Jangan risau, hari ini, anda bukan sahaja boleh memiliki pelan Takaful walaupun dah didiagnos ada penyakit kritikal, tapi anda juga boleh menjadi pendapatan dengan hibah takaful di bawah Program BZ Force.

Begitulah…

Perkongsian: FB Mohd Shukur

.

One Reply to “Tips Menghadapi Kemelesetan Ekonomi (Economy Recession)”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge