Anggota Tentera Ini Kongsi Kepentingan Insurans Selepas Cedera Ketika Operasi.

Sebelum memulakan cerita, sejujurnya aku di waktu dulu dan kini bukanlah orang menguruskan insuran. Malah aku pernah jadi orang yang memandang insuran ini bukan suatu kepentingan berbanding keperluan hidup yang lain.

Pernah dulu aku mencarum dengan satu insuran yang terkenal dan dipercayai. Namun atas sebab mementingkan keperluan lain, aku berhenti mencarum insuran tersebut dan hanya kekal dengan satu insuran wajib dalam tentera, iaitu insuran kelompok koperasi tentera. Pada aku yang naif pada waktu itu, ianya sudah memadai. Yang aku pikirkan kalau aku mati, ianya cukup menyara kehidupan keluargaku kelak.

Namun setelah aku mengalami kecederaan yang menyebabkan aku hilang upaya pendengaran ketika operasi, barulah aku sedar peri pentingnya insuran ini. Kecederaan yang aku alami tidaklah hingga membawa kematian, namun kesannya dari segi perjalanan kerjaya, kesihatan mental dan fizikal serta cabaran kewangan adalah sesuatu yang sangat membebankan.

Aku dihimpit oleh tekanan untuk menyelesaikan semua komitmenku seperti waktu aku sihat dulu. Hanya Allah swt yang tahu bagaimana aku menghadapi saat-saat itu.

Bayangkan anda telah berusaha sehabis daya untuk bekerja, namun atas sebab yang tidak dijangka, anda mengalami keadaan yang tidak membolehkan anda meneruskan kerjaya yang anda perjuangkan. Lebih parah lagi pendapatan bulanan turut berkurang.

Komitmen bulanan tidak dapat diselesaikan, malah untuk menampung diri dan keluarga turut menjadi kekangan. Sekiranya aku terus mencarum insuran lain pada waktu dulu, setidaknya aku mendapat talian hayat untuk terus berjuang.

Ada lebihan pampasan yang dapat digunakan untuk menyara keluarga dan menampung keperluan komitmen yang ada. Hinanya rasa bila diuji dengan beban kewangan. Kawan dan keluarga pun boleh tinggalkan kita.

Baca Juga: Cara Pilih Medical Terbaik

Namun semuanya tinggal tapi…🥲

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Dengan rendah dirinya aku mohon untuk berkongsi sedikit nasihat. Jika berpeluang dan mampu dapatkanlah perlindungan takaful dan insuran dari mana-mana pihak yang anda yakini.

cara pilih insurans

Ambil polisi yang mampu milik serta tidak membebankan kita. Perjalanan hidup kita ini tidak tahu bila akan naik dan turunnya. Bila-bila masa kita akan diuji dan selalunya ujian diluar perancangan kita. Bertindaklah dengan bijak untuk melindungi pendapatan, kebajikan keluarga dan masa depan tanggungan kita. Luang sedikit belanja pendapatan bagi keperluan insuran. Setidaknya jika terjadi sesuatu, payung telah kita sediakan sebelum hujan turun.

Dan perlu diingat juga. Insuran kita bukan hanya sekadar keperluan di dunia. Sekiranya kita ada perlindungan dan terjadi sesuatu kepada kita yang melibatkan nyawa, setidaknya hutang-piutang kita dapat diselesaikan dengan bekalan yang kita sediakan.

Tidaklah ditinggalkan keluarga dengan derita berganda serta terhalangnya kita ke syurga disebabkan hutang yang tinggalkan.

Malah lebihan duit itu juga boleh menjadi sedekah jariah kita yang inshaAllah mengalirkan pahala yang berterusan untuk kita di alam sana..

Perkongsian oleh FB Adib Dan Aqilah .

Post ini bertujuan untuk tingkatkan kesedaran orang ramai untuk melanggan plan hibah takaful sebagai usaha persediaan apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan. Semoga Tuan terus sihat dan dipermudahkan segala urusan.

Sign Up Pelan Takaful Dengan Ejen Anda Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge