Guna Akaun 2 KWSP Untuk Beli Insurans Untuk Ahli Keluarga
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan i-Lindung Fasa 2 di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membolehkan ahli menggunakan dana dalam Akaun 2 mereka untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal serta takaful untuk ahli keluarga terdekat.
Business Times melaporkan inisiatif di bawah i-Lindung Fasa 2, ahli yang ingin membeli insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP untuk diri mereka sendiri atau ahli keluarga terdekat mereka boleh berbuat demikian melalui platform i-Lindung dalam aplikasi mudah alih KWSP i -Akaun (Ahli).
Sejak dilancarkan pada Julai 2022 hingga Disember 2023, lebih 102,301 ahli membeli sejumlah 118,166 polisi dan produk takaful melalui platform i-Lindung, yang meliputi perlindungan insurans hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan.
Inisiatif ini terletak di bawah i-Lindung Fasa 2.
Memanfaatkan sambutan yang menggalakkan ini, KWSP memperkenalkan peningkatan penting, memberi tumpuan kepada pengurusan polisi dan sijil, yang menjurus kepada perlindungan lanjutan melebihi satu tahun.
Proses ini boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung dalam aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun (ahli).
Platform tersebut turut menawarkan ciri seperti pengurusan dasar yang diperkemas, pembayaran berulang yang mudah untuk perlindungan jangka panjang selepas ia dinaik taraf.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang i-Lindung,boleh merujuk laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.
Akaun 3 KWSP Untuk Kecemasan
Akaun 3 KWSP akan mula dilaksanakan pada April 2024. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
“Pada bulan Februari 2024 akan diumumkan dividen bagi akaun KWSP dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai fleksibel akaun yang juga akaun nombor tiga.
“Organisasi yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai fleksibel akaun ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40.