masuk zoo melaka Percuma

Masuk Zoo Melaka & Taman Burung Secara Percuma!

Pada 20 Februari 1956, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan di Padang Banda Hilir, Melaka.

Justeru, Kerajaan Melaka telah memilih 20 Februari sebagai tarikh cuti umum baharu bagi memperingati Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Negara yang pernah dilakukan Bapa Kemerdekaan Negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 67 tahun lalu.

Bersempena 20 Februari adalah tarikh istimewa dan cuti umum di Melaka, semua pelancong yang berkunjung ke Melaka pada hari tersebut berpeluang menikmati produk pelancongan secara percuma.

Kerajaan negeri berhasrat meraikannya bersama penduduk serta pelancong. Berikut merupakan produk yang dibuka secara percuma kepada semua pada 20 Februari 2024.

1. Melaka River Cruise

Melaka River Cruise dari jam 9 pagi 5 petang (Rehat : 1.00 petang – 2.00 petang)

Pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai (PPSPM) menyediakan 15 buah bot di mana setiap bot boleh memuatkan 40 orang pelancong di tiga (3) buah jeti iaitu Jeti Pengkalan Rama, Jeti Taman Rempah dan Jeti Muara.

2. Menara Taming Sari

Bermula 9 pagi – 5petang. Promosi ini terhad kepada rakyat Malaysia sahaja.

Menara Taming Sari

3. Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bermula 9pagi – 5petang.

Muzium & Galeri Melaka

4. Zoo Melaka & Taman Burung

Zoo Melaka (FIRST COME, FIRST SERVE BASIS) – terdapat 2 sesi iaitu:-

Sesi 1 pada jam 10 pagi – 12.30 tengahari, manakala Sesi 2 pada jam 2 petang – 3.30 petang. Kaunter Zoo Melaka akan ditutup pada jam 12.30 tengahari sehingga jam 2.00 petang bagi kerja-kerja pembersihan kawasan, pembersihan tandas, pemeriksaan haiwan oleh Doktor Veterinar.

Kira-kira 7,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri ini dijangka melawat Zoo Melaka secara percuma sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 20 Feb ini.

5. Balai Cerap Al-Khawarizmi bermula jam 9 pagi – 5 petang.

6. Melaka Wonderland & Themepark pada waktu MALAM sahaja.

Kemasukan PERCUMA ini diberikan kepada semua pelancong domestik dan asing kecuali

kepada kumpulan pelancong yang datang secara berkumpulan atau family day.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

7. Taman Laut Negeri Melaka

Kerajaan Negeri menawarkan kemasukan PERCUMA di Taman Laut Negeri Melaka, namun

pelancong perlu membayar kos untuk tambang dan peralatan sahaja.

Taman Laut Melaka

8. Kelab-Kelab Golf Negeri Melaka

Terdapat 5 buah kelab golf di Melaka turut menawarkan green fee PERCUMA. Walau bagaimanapun, terdapat caj sewaan buggy dikenakan.

9. Muzium Penjara Malaysia Melaka

Beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang dan kemasukan PERCUMA diberikan kepada semua pelancong, tidak kira pelancong domestik atau pelancong asing.

10. Malaysia Heritage Studios

Bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Malaysia Heritage Studios

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge