Sebab Caruman KWSP Tidak Patut Dikeluarkan Sebelum 55 Tahun
Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan dan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.
Mungkin ramai yang terlupa KWSP diwujudkan untuk memastikan pencarum mempunyai simpanan di hari tua.
Caruman KWSP Diberikan Kepada Waris
Ada pencarum yang menggunakan alasan tidak sempat menikmati duit caruman KWSP sebelum umur 55 tahun.
Mungkin ada juga yang terlupa, jika pencarum meninggal dunia sekalipun, simpanan tersebut akan diberikan kepada waris.
Simpanan Hari Tua
Pencarum mungkin mengeluarkan wang untuk keperluan pada hari ini tetapi KWSP diwujudkan untuk memastikan pekerja-pekerja dan rakyat Malaysia mempunyai simpanan di hari tua.
Mengurangkan Simpanan Hari Tua
Walaupun tuntutan pengeluaran KWSP jika dibenarkan boleh dilihat sebagai satu program kerajaan, ia sebenarnya tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan, sebaliknya ia akan mengurangkan simpanan hari tua daripada caruman rakyat sendiri.
Dalam tempoh dua tahun semasa pandemik Covid-19 melanda negara lalu, sejumlah RM145 bilion caruman KWSP telah dibenarkan keluar oleh pentadbiran sebelum ini.
Keuntungan Lebih Baik
Apabila dana ini menyusut, ia akan menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik.
Pengeluaran juga akan memberi kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan wang KWSP kerana pulangan secara keseluruhan akan menjadi rendah.
Jika pulangan KWSP secara keseluruhannya rendah, maka pencarum lain pun akan turut menanggung kesan itu, dalam keadaan sebahagian besar daripada pencarum tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua.