Salah Ke Keluar Caruman KWSP Sekali Lagi?
Rakyat Malaysia sedang hidup dalam kesengsaraan dan kesusahan oleh kerana kos perbelanjaan harian makin meningkat tetapi gaji rakyat masih tidak berubah.
Hidup sekarang memang rasa bagai kais pagi, makan pagi; kais petang, makan petang. Apalah nak jadi dengan nasib kami .
“Saya baru sahaja lepas melahirkan. Anak-anak saya semuanya bersekolah dan saya masih belum dapat pekerjaan lagi sejak bulan Feb 22. Keadaan saya parah yg amat. Saya benar-benar memerlukan kelulusan ini demi menampung kehidupan kami hari-hari sementara saya dapat kembali bekerja. Saya mohon & rayu yang amat sangat.” – Zureena Z.
Baca Juga: Duit KWSP Bukan Hak Mutlak Isteri
“Pendapatan gaji rakyat kecil tapi harga barang mahal… Tidak cukup dengan gaji yang ada sekarang…Tak sampai sebulan dah habis… Pembayaran KWSP pula bayar secara ansuran tidak perlu dibayar secara one-off.” Nor A.
Bajet 2023 akan disidang tak lama lagi. Inilah masanya kami perlu menuntut pengeluaran KWSP yang kami semua mahukan.
Kami mohon tuntutan ini dilihat secara sangat serius, mesti disegerakan dan dilancarkan prosesnya.
Lebih 300 ribu orang telah memberi sokongan mereka dalam tuntutan ini!
Jika anda bersetuju juga, tolong kami dengan menandatangi petisyen ini.
Luahan daripada Juniza via Change.org