DDNK

Biodata: Dato’ Dr.Nazri Khan (DDNK)

Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) adalah figura yang tidak asing dalam pelaburan saham di Malaysia ini.

Sejak 3,4 tahun lepas lagi, beliau lebih dekat di hati rakyat Malaysia apabila tagline ‘Tak hensem tak apa janji kaya’ sering menusuk telinga pendengar radio setiap pagi dan petang.

Biodata Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK)

  • Nama Sebenar: Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan
  • Umur (2022): 47 Tahun
  • Isteri DDNK: Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari (Perkahwianan Ke-2: Berkahwin pada tahun 2022)
  • Pendidikan: Ijazah Ekonomi dan Kewangan daripada University of Manchester, United Kingdom. Beliau berjaya memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang pengurusan  daripada Multimedia University.
  • Jawatan Korporat: CEO  dan Pengurus Dana pasaran saham global bagi Syarikat Inter-Pacific Management, anak syarikat bagi Berjaya Corporation Group yang diterajui oleh Tan Sri Vincent Tan.

Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan ahli UK Society of Technical Analyst dan juga International Federation of Technical Analysts, Inc. of United States.

Sebelum ini, DDNK pernah menjadi Senior Vice President di Philip Capital Investment dan juga di Affin Hwang Bank untuk tempoh 10 tahun. Beliau mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang ekonomi serantau dan juga pasaran saham antarabangsa. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Multimedia University selama 10 tahun.

 Di atas pengalaman dan pengetahuannya yang meluas dalam bidang pelaburan saham, beliau telah dilantik sebagai Adjunct Professor oleh Multimedia University di Cyberjaya, Malaysia.

DDNK juga Founder dan Pengerusi World Class Association, Technical Analysis Association of Malaysia (MATA).

Selain itu, DDNK pernah memegang jawatan Chief Investment Officer di Hermana Capital Berhad dan juga sebagai ketua pegawai penyelidik di MIMB Investment Bank.

DDNK aktif terlibat dalam program-program anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga Bursa Malaysia.

Dato Dr Nazri Khan juga sering muncul di media tempatan untuk mengulas tentang isu dan perkembagan pasaran semasa Saham Malaysia di TV3, TV1, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, TV Al-Hijrah, The Star, The Edge, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia.

3 Replies to “Biodata: Dato’ Dr.Nazri Khan (DDNK)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge