
TERKINI: INSIDEN HELIKOPTER TERHEMPAS DI BIDOR. JURUTERBANG MAUT.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi Facebook berkata beliau dimaklumkan oleh CAAM bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor jam 8.20 pagi ini. Namun, muatnaik terkini mengesahkan juruterbang helikopter tersebut ditemui maut.

Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dan dipercayai terhempas di Bidor semalam ditemui maut di lokasi kejadian.-Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
Mayat juruterbang itu ditemukan dalam kokpit helikopter berkenaan oleh pasukan pencari dan penyelamat pagi tadi.
Helikopter dipercayai terhempas, bagaimanapun kawasan dijumpai tiada kesan letupan atau kebakaran.
Helikopter milik pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui lokasi nahas kira-kira jam 9.30 pagi di Hutan Simpan Chikus di sini. Lima minit kemudian, krew TUDM turun ke lokasi nahas dan menemui mangsa yang berada dalam kokpit.

Mayat kemudian dibawa keluar dari lokasi kejadian jam 10.12 pagi dan seterusnya dibawa ke SMK Anderson menggunakan sebuah ambulans, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat. Kecederaan dan punca kematian masih dalam siasatan.
Siasatan mendapati juruterbang itu adalah Tsz Kin Richard Chan, 58, adalah warganegara Hong Kong dan keluarganya telah dimaklumkan oleh pihak syarikat.
Bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta itu telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Sumber asal: Berita Harian
Seram bila baca insiden pesawat terhempas gini
Geng Borak recently posted…Kereta Tak Boleh Start, Ini 5 Punca Yang Perlu Anda Tahu