Insiden Helikopter Terhempas Di Bidor. Juruterbang Selamat.
TERKINI: Helikopter Terhempas di Bidor, Juruterbang Maut.
Sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari semalam.
Helikopter berkenaan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari tetapi dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur pada jam 12.16 tengah hari.
Lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor dan Langkap.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan sebaik sahaja pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).
Juruterbang Helikopter Ditemui Selamat
Sekitar jam 8.20 pagi, Isnin, CAAM melaporkan juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) helikopter helikopter Eurocopter EC120B dengan pendaftaran N409HH milik syarikat swasta dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam, dipecahkan kepada dua sektor di Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan.
Baca: Helikopter Terhempas Di Taman Melawati
Operasi disambung semula sejak jam 8 pagi dilakukan di kawasan Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan.
Operasi SAR dilakukan dengan menumpukan pencarian di lima kilometer radius dari titik terakhir helikopter dikesan selepas terputus hubungan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur.
Selain itu, operasi pencarian turut disertai unit dron, Pasukan Sukan Udara, Kelab Paramotor Sitiawan. Operasi pencarian turut dibantu satu helikopter daripada unit udara PDRM.
Ketika ini, pasukan penyelamat sedang berusaha untuk membawa juruterbang helikopter keluar dari lokasi tersebut ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan.