helikopter terhempas

Nahas Helikopter Taman Melawati: 2 Individu Maut Dikenalpasti

Nahas udara yang membabit dua helikopter dari syarikat penerbangan yang sama, My Heli Club mengejutkan penduduk Taman Melawati pada lewat pagi ini.

Pesawat berkenaan dilaporkan membawa empat individu, termasuk seorang wanita, didakwa bergesel atau bertembung dengan sebuah helikopter lain lalu terhempas.

Satu daripada helikopter itu terhempas manakala sebuah lagi berjaya membuat pendaratan cemas di kawasan berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati

Juruterbang dan rakan juruterbang dalam satu pesawat disahkan meninggal dunia.

Identiti dua mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Ampang ini telah disahkan oleh pihak polis.

Dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi dan Mohd Sabri Baharom – Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak

Leftenan Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon ialah seorang bekas tentera laut.

Baca Juga: Insiden Helikopter Terhempas Di Bidor

Mangsa-mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.

Kapten Irfan Selalu Landing Helikopter Di Surau Untuk Singgah Solat

Kongsi jiran setaman Kapten Irfan, Rafaizul Rahman, Irfan adalah salah seorang customer setia kami semasa kami meniaga gerai #KakLongNasiMinyak duludulu. Beliau selalu landing helikopternya di surau untuk singgah solat atau mengeteh di kedai2 berhampiran.Al-Fatihah untuk arwah.

nggota bomba mengangkat mayat di lokasi kejadian. – NSTP/Fathil Asri || Kredit Gambar: Berita Harian Online

Cam Jam Tangan Arwah

“Saya lihat gambar yang tular di aplikasi WhatsApp dan nampak tangan arwah. Kami kenal jam yang arwah pakai.”

Demikian menurut abang sulung kepada Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, salah seorang mangsa nahas helikopter di Taman Melawati yang terkorban dalam kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.
Dr Mohd Izani, 48, yang ditemui media di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) begitu tenang ketika didekati media.

Menurutnya, setelah gambar-gambar nahas mula tular, beliau dapat membuat pengecaman berdasarkan jenis helikopter yang terlibat dengan nahas tersebut.

“Helikopter biru itu antara yang kerap arwah pandu kerana dia sering bergambar bersama helikopter itu.

Allahyarham Mohd Irfan merupakan anak keempat daripada 10 beradik meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia tiga hingga 15 tahun.

BSKU Kementerian Pengangkutan Mulakan Siasatan

Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan teknikal susulan nahas dua helikopter di Bukit Melawati di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata siasatan itu berdasarkan Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13).

Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan bagi menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku insiden serupa pada masa depan dan bukanlah bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge