fenomena air pasang besar

Punca Fenomena Air Pasang Besar

Air pasang surut terjadi disebabkan oleh putaran bumi dan tarikan gravity bulan. Pantai di Selangor mengalami air pasang surut sebanyak 2 kali sehari.

Air pasang besar pula biasanya terjadi semasa bulan penuh atau anak bulan.

Apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari, fenomena air pasang besar akan terjadi.

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA BANJIR DI PESISIR PANTAI

Banjir hanya berlaku apabila air pasang besar disertai dengan angin kuat dan hujan lebat.

KAWASAN BERISIKO TINGGI

KLANG

PENGKALAN TOK MUDA,
BATU 4 JALAN KAPAR,
BAN SEMENTA,
PELABUHAN KLANG,
JALAN PANDAMARAN BANTING.

SABAK BERNAM

TEBUK MENDELING, SUNGAI AIR TAWAR, SUNGAI PANJANG.

KUALA SELANGOR

KAMPUNG KUANTAN, PANTAI REMIS,
PEKAN SUNGAI BULOH.

SEPANG

PESISIR PANTAI BAGAN LALANG.

KUALA LANGAT

PANTAI KELANANG,
PESISIR PANTAI TANJUNG SEPAT

Kalau ada pertahanan persisiran pantai, kenapa banjir air pasang boleh berlaku?

Ini kerana:

  1. Terdapat faktor-faktor alam yang meninggikan aras air. Perubahan cuaca bolehmemberi kesan dalam masa hadapan.
  2. Ban-ban yang terjejas atau pecah semasa air pasang.
  3. Keterhadan rekabentuk asal struktur pertahanan persisiran pantai.
  4. Faktor-faktor manusia, seperti pintu air tidak di tutup, bekalan kuasa untukpam terputus, dan sebagainya.

Kawasan saya dilindungi oleh pertahanan persisiran pantai, kenapa saya perlu berpindah?
Pemindah mungkin dilakukan oleh pihak berkuasa untuk keselamatan. Pemindahan awal akan memudahkan kerja-kerja penempatan. Pemindahan dalam keadaan gelap pagi lebih menyukarkan dan berbahaya.

Apa berlaku bila ada ban yang terjejaskan?

Pihak berkuasa akan sedaya-upaya membaikinya. Jika ban terjejaskan, air laut akan melimpah tebing. Bila itu berlaku, air yang mengalir lambat-laun akan menghakis lebih ban dan tapak ban. Limpahan membawa arus air yang kuat and laju. Aras air yang dicapai dan kawasan yang diliputi di sebalik tebing adalah bergantung kepada luasnya ban yang terjejas and masa sehingga air mula surut.

Kenapa banjir air pasang surut dalam masa beberapa jam?

Banjir air pasang adalah mengikut kitaran air pasang surut. Bila air surut, air akan keluar kembali ke laut. Kitaran pasang ke surut adalah dalam 5 hingga 7 jam.

Apakah langkah-langkah persiapan untuk banjir di sebabkan oleh air pasang besar?

Banjir air pasang telah di ramal dan terdapat masa untuk membuat persiapan boleh dijangka. Bila ada satu perancangan, masa yang ada boleh digunakan untuk selamatkan harta, mengurangkan kerugian and baik pulih selepas itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DI AMBIL?

1# Sebelum Banjir

  1. Tutup suis utama dan letakkan alat eletrik di tempat tinggi. Pastikan saluran najis bertutup.
  2. Patuh dengan arahan pihak berkuasa.
  3. Bawa ubat-ubatan dan dokumen penting jika perlu.

2# Semasa Banjir

  1. Berpindah awal sebelum air pasang besar.
  2. Patuh dengan arahan pihak berkuasa.
  3. Bawa ubat-ubatan dan dokumen penting jika perlu.

3# Selepas Banjir

  1. Pulang ke kediaman anda setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa.
  2. Pantau struktur bangunan anda. Jika terdapat rekahan atau kerosakan segera hubungi pihak insuran atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
  3. Jangan buka suis atau peralatan elektrik sehingga dibersihkan dan kering.
  4. Pakai sarung tangan & kasut semasa operasi pembersihan.

One Reply to “Punca Fenomena Air Pasang Besar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge