bank negara

Kesan Kenaikan Overnight Policy Rate (OPR) Kepada Peminjam.

Salah satu bahagian penting dalam dasar monetari di Malaysia adalah Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR). Kenaikan kadar OPR merupakan mimpi ngeri buat para peminjam.

September 2022 menyaksikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik lagi sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus. Ini merupakan kenaikan kali ketiga dalam masa tidak sampai setahun.

Apa Itu OPR ?

OPR merupakan kadar faedah yang perlu dibayar oleh sesebuah institusi kewangan yang meminjam daripada bank yang lain.

Setiap bank di Malaysia mempunyai tahap rizab tunai yang berbeza-beza bergantung pada aktiviti pemberian pinjaman oleh bank dan deposit serta pengeluaran pelanggan.

Sebagai contoh, jika setiap pelanggan mengambil keputusan untuk mengeluarkan wang simpanan pada hari yang sama, bank mungkin perlu meminjam daripada bank lain untuk menyimpan atau memastikan rizab tunai berada pada tahap yang selamat.

Baca Juga: Tips Hadapi Kemelesetan Ekonomi

Kenapa OPR Berubah?

Turun naik kadar OPR di Malaysia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.

  1. Kadar OPR turun disebabkan oleh faktor-faktor seperti ekonomi Malaysia sedang mengalami kemerosotan atau kuasa beli dalam kalangan rakyat Malaysia menurun.
  2. Kadar OPR naik pula biasanya dikaitkan dengan faktor-faktor seperti ekonomi Malaysia sudah menampakkan tanda-tanda pemulihan, inflasi Malaysia meningkat dan memerlukan tindakan segera daripada BNM sebelum bertambah buruk.

Kesan Kenaikan OPR?

Pastinya kadar OPR yang lebih tinggi atau lebih rendah akan menyebabkan kesan domino yang setara.

Kadar OPR yang lebih tinggi pula akan menyebabkan kadar faedah pinjaman menjadi lebih tinggi. Ia sekali gus menyebabkan kadar pinjaman perumahan atau pinjaman perniagaan menjadi lebih mahal untuk mengalakkan pengguna untuk menyimpan dalam deposit tetap dan sebagainya.

Penyewa juga akan turut terkena tempias apabila pemilik rumah sudah tentu terpaksa menaikkan harga sewa rumah apabila bank mula menyelaraskan kadar pinjaman selepas OPR dinaikkan.

Kenaikan pinjaman bank sebenarnya dapat mengurangkan dan mengawal permintaan pembelian barang di kalangan rakyat Malaysia sekaligus dapat mengawal lonjakan inflasi di Malaysia

Kenaikan OPR ini juga akan memberikan kesan berantai apabila pakar ekonomi menjangkakan harga barang, makanan dan perkhidmatan akan naik sekali gus memberikan kesan kepada ekonomi rakyat.

Kos pembinaan rumah juga dijangka terus naik berikutan peningkatan harga barangan pembinaan seperti simen dan besi. Pastinya banyak syarikat pembinaan serta kontraktor mungkin terpaksa mengecilkan aktiviti perniagaan mereka sekiranya mereka mahu terus bertahan.

Kesimpulan

Kesan kenaikan OPR tidak hanya kelihatan sehari dua. Malahan akan terus memberi kesan berantai dalam masa yang lebih lama.

Kenaikan OPR ini, jelas dan nyata akan lebih membebankan kebanyakan rakyat terutama golongan M40 yang kebanyakan mengambil pinjaman perumahan yang memakai kadar faedah diapungkan.

Semoga perkongsian kesan kenaikan OPR baru tahun 2022 ini dapat membantu anda merancang kewangan untuk masa mendatang.

One Reply to “Kesan Kenaikan Overnight Policy Rate (OPR) Kepada Peminjam.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge