banjir-besar-malaysia

Kerajaan Selangor Pertimbang Isytihar Darurat Iklim

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia di penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan.

Ekoran daripada ramalan ini, Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim di kawasan berisiko tinggi ditenggalmi banjir.

La Nina Dijangka Berterus Sehingga Tahun Depan

Fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Keputusan mengenainya akan dimuktamadkan selepas data melalui kajian dilaksanakan institusi dari Jepun iaitu Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan agensi berkaitan diperoleh seawal-awalnya hujung tahun berhubung perkara terbabit.

Sebelum ini, penduduk negeri Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang bermula Isnin hingga Rabu minggu ini yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Fenomena tersebut juga dijangka berlaku antara 27 hingga 29 September ini apabila paras air laut pasang berpotensi meningkat sehingga 5.4 meter.

Tindakan Awal Kurangkan Risiko Banjir

Sebelum ini, terdapat permintaan daripada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago terhadap pihak kerajaan negeri agar mengumumkan pengisytiharan darurat iklim.

Difahamkan, ia bertujuan agar rakyat boleh mengambil tindakan awal untuk mengurangkan risiko bencana dan implikasi pasca bencana.

Pada Ogos 2019, Amirudin memaklumkan bahawa kerajaan negeri bakal memiliki data bencana dan sistem pencegahan banjir serta tanah runtuh menerusi kajian yang dijalankan hasil kolaborasi bersama Universiti Tohoku, Jepun.

Difahamkan bahawa data tersebut mampu memberikan langkah pencegahan yang sesuai dan unit pengurusan bencana dapat melakukan persiapan awal dengan lebih berkesan dan mampan.

Semoga semua urusan rakyat Selangor dan amnya rakyat Malaysia dipermudahkan dan dijauhni bencara banjir besar sebegini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge