Cara Baca Doa Qunut Dalam Solat Witir
Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam akan berlumba-lumba melakukan amal ibadat kerana pahala yang dikurniakan berkali ganda. Antara ibadat yang hanya ada di bulan Ramadan ialah solat terawih. Solat terawih ini pula akan ditutup denga solat witir sebanyak 3 rakaat.
Lebih menarik lagi, dalam solat sunat witir turut dibaca Doa Qunut mulai malam ke-15 Ramadan.
Terdapat hadith sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Hasan bin Ali RA di dalam Jami’ al-Tirmizi dan juga di dalam Sunan Abi Daud:
عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الوِتْرِ: اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ… Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengajarku beberapa perkataan untuk aku sebut di dalam witir: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu…”. [Riwayat al-Tirmizi (464)]
Mengikut Mazhab Syafie, hukum membaca doa Qunut dalam Solat Witir adalah sunat samada solat bersendirian atau berjemaah
Bacaan Doa Qunut Dalam Solat Witir
Bila Doa Qunut Dalam Solat Witir Dibaca?
Berbeza dengan Doa Qunut di dalam solat Subuh yang dibaca semasa rakaat kedua, Doa Qunut Solat Witir akan dibaca semasa rakaat ketiga sebelum rukuk, dengan menadah tangan ke langit.
Kelebihan Membaca Doa Qunut Dalam Solat Witir
Rahsia Doa Qunut terdapat di dalam setiap kalimah yang dibaca. Bacaan doa qunut merangkumi doa untuk kebaikan di dunia dan akhirat dengan cara paling merendah diri. Berikut adalah kelebihan membaca Doa Qunut dalam Solat Witir.
- Doa memohon hidayah dan diterima setiap amal.
- Nasi SAW sentiasa memohon dikurniakan kesihata yang baik semasa membaca doa qunut.
- Doa memohon pertolongan.
- Doa dicukupkan dengan segala nikmat.
- Sebagai doa perlindungan dan dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak elok.