cara renew lesen

Cara Buat Temujanji Renew Lesen Secara Online Di Pos Malaysia

Dengan kerisauan untuk keluar rumah dan berada di dalam ruangan bertutup terlalu lama, mungkin ada yang menghadapi kesukaran untuk memperbaharui / renew lesen memandu di Pejabat Pos atau Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kini, anda boleh mempercepatkan urusan memperbaharui lesen dan tidak berada terlalu lama di pejabat-pejabat ini.

Kini, anda boleh membuat temujanji secara atas online untuk renew lesen di laman rasmi pos.com.my .

Seterusnya, kami akan berkongsi cara buat temujanji secara online untuk memperbaharui lesen memandu.

1# Layari laman web Pos Malaysia. Pilih Outlet Finder dan cari lokasi pejabat Pos Malaysia yang berdekatan dengan tempat anda.

2# Pilih “Book Your JPJ Service Appointment”

3# Pilih urusan yang ingin dilakukan di Pejabat Pos. Kemudian, pilih masa dan tarikh temujanji. Sekiranya lokasi yang dipilih tiada tarikh kosong, anda perlu memilih lokasi lain sebelum dapat meneruskan proses temujanji.

4# Setelah mendapat slot tarikh & masa temujanji, anda perlu mengisi butiran diri seperti nama, email dan no telefon. Tekan butang “BOOK”

5# Anda perlu mengesahkan alamat email.

6# Periksa email anda. Pengesahan tarikh temujanji akan dihantar.

Semasa hari temujanji, apabila tiba di Pejabat Pos, pastikan anda:

  1. memakai facemask, imbas kod MySejahtera, imbas suhu badan dan pastikan jarak selamat dengan pelanggan lain.
  2. Pastikan anda tiba 5 minit awal daripada masa temujanji.
  3. Tunjukkan email pengesahan temujanji kepada staf bertugas.
  4. Hanya 3 transaksi atau urusan dibenarkan untuk setiap tarikh temujanji.

Urusan memperbaharui lesen memandu adalah seperti biasa. Anda perlu menyediakan dokumen asas yang diperlukan seperti: Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Asal.

Anda boleh membantu artikel Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos yang telah kami terbitkan sebelum ini.

Semoga perkongsian cara buat temujanji renew lesen memandu di Pejabat Pos secara online ini membantu dan memberi manfaat kepada semua.

3 Replies to “Cara Buat Temujanji Renew Lesen Secara Online Di Pos Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge