Cara Dapat Diskaun 50 Peratus Saman Trafik Secara Online (Portal MyBayarSaman)
Hari ini, kebanyakan urusan rasmi yang melibatkan organisasi kerajaan dan swasta sudah boleh dilakukan tanpa perlu berjumpa secara berdepan dengan pegawai bertugas di pejabat. Situasi semasa dan perubahan pola tingkah laku orang ramai beralih kepada transaksi atas talian menjadi sebab utama Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM membangunkan satu portal online iaitu MyBayar Saman . Tujuan utama portal ini adalah sebagai satu cara mudah membayar saman trafik dengan lebih cepat .
Portal & Aplikasi MyBayar Saman yang akan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bertempat di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman pada hari ini, 25 Mac 2021.
Baca Juga: Cara Buat Semakan JPJ & Polis Trafik
Portal & Aplikasi MyBayar Saman
Anda boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman portal https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi di Google playstore atau Apple store .
Lebih menarik, anda turut ditawarkan diskaun saman 50% bermula 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.
Senang sahaja cara untuk mendaftar MyBayar Saman ni.
Cara Register MyBayar Saman
1# Bayar Saman Guna Portal / Website MyBayar Saman
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna portal MyBayar Saman di https://mybayar.rmp.gov.my .
- Pilih sebagai pengguna portal baharu.
- Isi maklumat peribadi di ruangan disediakan
- No OTP akan dihantar ke no telefon bimbit anda. Sahkan.
- Log masuk (login) ke portal MyBayar Saman.
- Butiran saman anda akan dipaparkan. Lakukan semakan.
- Pilih butang ‘bayar’ di paparan saman anda.
- Semakan bayar yang hendak dibayar.
- Pilih mod bayaran dan butang bayar untuk meneruskan pembayaran saman anda.
Pendaftaran andatelah berjaya. Butiran pendaftaran turut dihantar ke email. Seterusnya tunggu 15 saat sebelum anda di bawa ke paparan utama.
Anda perlu memasukkan No. Id dan Kata Laluan untuk menyemak senarai saman trafik anda.
Anda boleh memilih saman tertunggak untuk dibayar. Potongan saman sebanyak 50% ditawarkan kepada pengguna yang membayar saman bermula 25 Mac sehingga 11 April 2021.
2# Bayar Saman Guna Aplikasi MyBayar Saman
Akan dikemaskini