doa hari jumaat

Waktu Mustajab Pada Hari Jumaat

Umum terutama orang Islam mengetahui Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Pada hari ini, setiap saat penuh dengan keberkatan. Namun, apakah anda mengetahui bilakah sebenarnya waktu yang mustajab pada hari Jumaat?

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Merujuk kepada hadith ini, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa/special pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.

Waktu Mustajab Berdoa di Hari Jumaat

  1. Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. Pendapat ini disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
  2. Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari
  3. Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
  4. Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.

Untuk rujukan dan pemahaman lebih lanjut, baca penerangan Mufti Wilayah Persekutuan.

Doa Pada Hari Jumaat Untuk Dijadikan Amalan Pada Waktu Mustajab

Ya Allah dipagi Jumaat yang mulia  ini berilah kami rahmat Mu Ya  Allah, letakkan kami dalam  perlindungan Mu Ya Allah.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak-anak kami,  kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah kami memohon Ya Allah,  kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah ingatkan kami bahawa rezeki kami tidak akan diambil orang lain, maka tenangkan kami Ya Allah.

Ya Allah ingatkan kami bahawa amal amal kami tidak mungkin dilakukan oleh orang lain, maka perkuatkanlah azam kami untuk beramal Ya Allah.

Ya Allah kuatkan dan sempurnakan iman kami. Ya Allah, terimalah taubat kami

Ya Allah, panjangkan umur kami, kurniakan kami keselamatan dan kesihatan yang baik.

Ya Allah tunjukkan kami jalan yang lurus dan benar.

Ya Allah berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat dan masukkan kami ke dalam syurga Firdaus Mu Ya Allah.

Ya Allah didiklah diri kami untuk menerima segala kepahitan hidup dengan sabar dan redha kerana setiap kepahitan itu Engkau telah janjikan ganjaran kemanisan yang tidak terperi manisnya.

Ya Allah bimbinglah kami dalam menjaga hati kami, bantulah kami dalam menjaga akhlak kami, pimpinlah kami dalam menjaga lisan dan perbuatan kami dan peliharalah diri kami daripada membeci dan dibenci.

Ya Allah janganlah kami dilalaikan daripada mengerjakan amal bakti oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan harta benda, pangkat serta pengaruh.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon ke hadratMu, berikanlah kami kekuatan, taufiq dan hidayah supaya dapat kami memperbaiki diri kami.

Dorongkanlah kami utk mempertingkatkan keimanan kami, menambah ilmu kami serta amalan baik kami.Sesungguhnya kami adalah kepunyaanMu Ya Allah dan kepada Mu jualah kami kembali.

Masukklah kami dalam golongan orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dan hidayah Mu Ya Allah.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

Baca Juga: Doa Murah Rezeki

Kesimpulan

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dan ia juga mempunyai banyak keistimewaan, kemuliaan dan kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Untuk itu, kita sebagai seorang muslim samada lelaki atau wanita perlulah mengambil berat berkaitan perkara ini. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kesempatan serta mengurniakan kita waktu-waktu yang istimewa seperti ini kepada kita. Amin.

One Reply to “Waktu Mustajab Pada Hari Jumaat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge