kebenaran rentas negeri

Pemohon Perlu Tunjuk Aktiviti Harian Untuk Mohon Kebenaran Rentas Negeri

Ekoran isu instafamous, selebriti dan influencer yang didapati menyalahguna kebenaran rentas negeri yang diberikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kini pemohon yang ingin memohon kebenaran rentas negeri perlu mengemukakan aktiviti harian selama mana hari yang dipohon.

Terkini, kecoh di media sosial apabila sekeping muat naik gambar di balai polis (dirahsiakan) memaparkan notis berkaitan permohonan surat kebenaran merentas negeri.

Untuk makluman, syarat baru ini dikeluarkan atas arahan Timbalan Ketua Polis dalam mesyuarat sebelum ini. Ekoran ‘syarat terbaru’ ini, rata-rata netizen berasa tidak puas hati kerana syarat permohonan kini diperketatkan lagi.

Jadi, jika anda ingin merentas negeri selama 3 hari atas urusan bisnes, anda perlu mengemukakan senarai aktiviti harian selama 3 hari tersebut. Pemohon yang hanya membawa MyKad / Kad pengenalan sahaja semasa memohon surat rentas negeri tidak akan diluluskan. WAJIB membawa dokumen sokongan seperti yang dimaklumkan.

Kami pasti, ramai yang berasa tidak adil. Masakan tidak, kerana ramai yang patuh SOP tetapi ada sesetengah golongan ternama melanggarnya tanpa rasa bersalah.

Sehingga waktu ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis yang mengesahkan kesahihan dan kebenaran notis yang tulis ini. Kami berharap, ianya hanya gurauan daripada pihak tertentu sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge