solat berjemaah

Cara Solat Taubat. Niat Dan Panduan Lengkap

Selagi bergelar manusia mana mungkin tidak pernah membuat kesilapan walaupun sekali. Selagi mana nyawa dikandung badan, setiap insan pasti tidak lari daripada berbuat dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak. Tidak kira dosa kecil mahupun dosa besar.

Solat sunat Taubat didirikan setelah seorang hamba itu berjanji tidak akan mengulangi dan menyesal di atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

Bagaimana cara Solat Taubat dan Doa Taubat?

Ini adalah panduan lengkap untuk melakukan Solat Sunat Taubat dan doa taubat nasuha.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Taubat berserta doa

Cara Pertama

Lafaz Niat:

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta’ala
  1. Rakaat pertama: Al-fatihah dan surah al-ikhlas atau surah pilihan sendiri.
  2. Rakaat kedua: Al-fatihah dan surah al-nas.

Setelah memberi salam kita hendaklah memperbanyakkan istifghfar iaitu memohon ampun daripada Allah. Ini adalah bacaan istighfar yang disarankan.

Cara kedua

Niatnya sama seperti di atas.

  1. Rakaat pertama: Al-fatihah dan surah al-ikhlas (11 kali).
  2. Rakaat kedua: Al-fatihah dan surah al-ikhlas (11 kali).

Semasa sujud akhir pada rakaat kedua hendaklah membaca:

Selepas memberi salam, bacalah doa.

Bilangan Rakaat Solat Taubat

Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci.

Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat

Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Kelebihan Solat Taubat

Antara kelebihan menunaikan solat sunat taubat adalah seperti berikut:\

1. Dosa-dosa diampunkan oleh Allah SWT

2. Allah akan mempermudahkan urusan harian

3. Hidup akan menjadi lebih tenang

4. Mengelakkan daripada perlakuan dosa

muslim sujud

Soalan Lazim Tentang Solat Sunat Taubat

1. Setelah bertaubat daripada maksiat kemudian kembali melakukannya lagi, adakah taubat diterima?

Taubat yang dilakukan berulang-ulang beserta istighfar yang dilakukan dengan berulang-ulang adalah diterima Allah SWT selagi mana tidak terdapat pengulangan dosa setelah bertaubat dan memenuhi syarat taubat yang disebutkan. Maka teruskan bertaubat dan memohon keampunan Allah selagi nyawa masih ada.

2. Adakah wajib melakukan Solat Taubat Jika Ingin Bertaubat?

Adalah disunatkan mengerjakan Solat Taubat sekurang-kurangnya 2 rakaat kerana mengikut Rasulullah SAW. Seperti yang telah diriwayatkan daripada Abu Bakar R.A. katanya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Tiada dari seorang lelaki yang melakukan suatu dosa kemudian dia bersuci lalu sembahyang ia kemudian beristighfar memohon ampun akan Allah melainkan Allah akan mengampunkan baginya (Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi)

Daripada hadis berkenaan, dapat dilihat bahawa yang afdhal dilakukan selesai dari sembahyang sunat taubat itu adalah memperbanyakkan Istighfar

3. Bolehkah Melakukan Solat Taubat Setiap Malam?

Solat Taubat adalah solat sunat yang disyariatkan dalam Islam dan termasuk dalam solat sunat bersebab. Ianya boleh ditunaikan pada bila-bila masa apabila melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar. Justeru ianya tidaklah disyariatkan untuk dilakukan sentiasa tanpa didahului sebabnya iaitu melakukan dosa. Sekiranya melakukan dosa, wajib segera bertaubat dan disunatkan Solat Taubat dan memperbanyakkan bacaan istighfar.

One Reply to “Cara Solat Taubat. Niat Dan Panduan Lengkap”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge