Les’ Copaque Menang Kes Hak Cipta Lagu Upin Ipin
Kes perbicaraan berkaitan hak cipta lagu pembukaan untuk siri Upin & Ipin Musim 1 yang melibatkan pihak Les’ Copaque Production Sdn Bhd dan komposer muzik, Yuri Wong telah pun selesai.
Mahkamah telah memutuskan Les’ Copaque memiliki hak cipta sepenuhnya ke atas lagu tersebut.
Kami kongsikan muatnaik status Facebook ‘orang kuat’ Les’ Copaque , Mohd Zarin berkongsi kegembiraan tentang kemenangan ini.
Menang Kes Hak Cipta!
Sesiapa yang ingat saya pernah menghadiri perbicaraan bersama-sama bos Hj Burhan Radzi sebagai salah seorang saksi syarikat untuk kes tuntutan kes Hak Cipta. Kes ini sebenarnya telah dibicarakan sejak tahun lepas lagi tetapi baru hari ini dapat keputusannya.
Kisahnya bermula pada tahun 2007, ketika Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. menerbitkan siri Upin & Ipin Musim 1. Ketika itu pihak LCP telah melantik Yu-Ri Wong, iaitu seorang komposer muzik luar untuk menghasilkan lagu pembukaan untuk siri Upin & Ipin. Lagu “jingle” rekaannya telah diterima dan diguna pakai untuk opening siri Upin & Ipin Musim 1 dengan jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Namun begitu selepas 5 tahun, Yu-Ri Wong menghantar surat saman peguam dan meminta royalty serta hak cipta lagu tersebut. Pihak LCP menolak tuntutan tersebut kerana hak cipta lagu tersebut adalah hak milik LCP.
Akhirnya pihak Yu-Ri Wong memanjangkan tuntutan tersebut ke mahkamah pada tahun 2021. Kes perbicaraan berlanjutan dari tahun lepas dan baru sahaja selesai dan mendapat keputusannya hari ini.
Mahkamah akhirnya menetapkan hak cipta lagu tersebut adalah milik Les’ Copaque. Ini adalah kerana mengikut akta undang-undang Hak Cipta, sekiranya karya tersebut diminta dihasilkan (commissioned works), hak cipta tersebut jatuh kepada pihak yang membayar hasil kerja tersebut.
Saya yang hadir sebagai salah seorang saksi ketika perbicaraan tersebut bertanggung jawab menerangkan situasi sebenar yang berlaku ketika itu. Walaupun ketika 2007, saya mengendalikan Rendering Department, tetapi saya harus mengambil tahu apa yang berlaku dan apakah perkembangan syarikat. Lebih-lebih lagi hal-hal yang berkaitan Hak Cipta ini merupakan salah satu yang saya belajar ketika di Universiti dulu.
Alhamdulillah, kes dah selesai setelah lama menanti keputusan.
Satu pengetahuan juga tentang hakcipta. Terbaik LCP, menang dalam kes ini.
Geng Borak recently posted…Kes Dera Anak Angkat, Suami Isteri Didenda RM20,000 Seorang