cara update mysejahtera

Cara Update Status MySejahtera

Apa khabar hari pertama anda di penggal ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan? Moga baik-baik buat semua. Pada artikel kali ini, kami ingin berkongsi tentang cara update status MySejahtera di smartphone anda.

Untuk pengetahuan, ada sesetengah pihak premis seperti pasar raya akan memeriksa status terkini aplikasi MySejahtera anda. Jika anda tidak mengemaskini atau update status terkini melebihi 7 hari, hak anda untuk memasuki sesetengah premis akan dinafikan.

Ada yang turut mendakwa, anda boleh dikenakan kompaun RM1000 jika tidak mengemaskini aplikasi MySejahtera. Namun kami tidak memastikan kesahihan fakta ini. Seeloknya, sentiasalah update status MySejahtera anda. Senang saja.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Cara Update Status MySejahtera

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Pilih ‘Close‘ di penjuru atas kanan.
  3. Pilih ‘Profile‘ di penjuru bawah kanan.
  4. Tekan ‘refresh‘.
  5. Semak tarikh terakhir anda kemaskini MySejahtera. ‘As of 31 May 2021, 6:17 PM
  6. Jika sudah lama, tekan logo HOME MySejahtera di penjuru bawah kiri.
  7. Pilih ‘COVID-19 Status‘. di penjuru atas kiri.
  8. Pilih ‘Start‘.
  9. Jawab semua soalan.
  10. Apabila selesai, tekan butang ‘Submit‘.
  11. Tekan OK
  12. Kembali ke bahagian Profile di penjuru bawah kanan.
  13. Refresh‘ sekali lagi.
  14. Tarikh dan masa yang dipaparkan adalah yang terkini.
  15. Selesai.

2 Minit Update Status MySejahtera

Mudah sahaja kan. Tak sampai lima minit pun untuk update status MySejahtera ini. Adalah lebih baik untuk kita update status MySejahtera setiap hari.

Secara tidak langsung, kita turut menyemak status kesihatan kita pada setiap hari juga, terutama apabila ingin keluar rumah.

4 Replies to “Cara Update Status MySejahtera”

  1. Saya sudah banyak kali cuba update MySejahtera app mengikut cara yang ditunjuk oleh Tuan tapi masih tak berjaya. Dengan saya juga pernah register untuk vaccine tapi last two week masih dapat check status. Sekarang pun tak dapat check status vaccine juga. Walaupun tadi saya cuba logout pun tak dapat.. Boleh saya delete app MySejahtera dan install balik?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge