pejabat asnb

Dividen ASB 2022: Kadar Pengagihan Pendapatan 4.60 SEN Dan Bonus Tambahan 0.50 SEN

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen seunit, berjumlah 4.60 sen. Selain itu, Bonus Tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit.

Dividen ASB 2022 telah diumumkan seperti berikut:

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.

Untuk simpanan jangka masa panjang bolehlah simpan & labur dalam ASB. Untuk dapatkan pulangan atau profit untuk jangka pendek, bolehlah melabur dalam instrumen pelaburan lain seperti Bursa Malaysia, Saham Amanah dan sebagainya. Berpotensi dapat keuntungan lebih daripada ASB dengan strategi yang betul.

Baca Juga: Debit Kad BigPay

Cara Kiraan Dividen ASB

Cara Kiraan Dividend jika anda ada 100k unit ASB.

Kira ASB DIVIDEND dulu then baru kira portion BONUS.

Total ASB unit dalam account 100k.

ASB Dividend + Bonus : 100k ❌4.6% = RM4,600

Bonus Tambahan ASB : 30k ❌ 0.5% = RM150

Total Dividend anda dapat ialah RM4,750

P/s : Bonus tambahan terhad kepada 30k sahaja

Tentang Pelaburan ASB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia.

Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi membantu Bumiputera Malaysia dan menjana pulangan/lkeuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten.

ASB ni jugak dibuat sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana tu dah tetap dengan harga RM1.00. Selain itu, sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tak akan dikenakan caj. 

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI, kesepakatan syariah telah pun dibuat dan hukum melabur dalam ASB adalah HARUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge