mogok

Doktor Dan Petugas Kesihatan Akan Mogok

“Mogok tidak menyelesaikan masalah, jadi yang terbaiknya kita bersemuka, anda boleh datang kepada saya”

Itulah yang dicadangkan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebaik diberitahu khabar angin makan berlaku satu mogok dalam kalangan petugas kesihatan yang kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan negara.

Beliau memaklumkan bertekad menyelesaikan masalah itu dan meminta pihak yang berkaitan untuk berfikir dengan lebih matang.

Dr Zaliha sebenarnya mendengar akan dilakukan ‘unannouced strike‘, sama ada berlaku atau tidak berlaku, beliau sendiri pun tidak ada kepastian.

Berfikir Dengan Cara Lebih Matang

Beliau turut meminta kepada semua yang terlibat agar berfikir dengan cara lebih matang, lebih baik, dan boleh datang berjumpa dengan beliau atau berhubung dengan pegawai-pegawai kementerian. Dengan cara bersemuka ini, pasti masalah sebegini dapat diselesaikan dan semuanya akan mendapat kebaikan daripada perkara ini.

Beliau memahami keresahan pekerja sektor kesihatan namun meminta diberikan sedikit masa dalam mencari penyelesaian yang terbaik.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee telah membangkitkan kebimbangan mengenai khabar angin mendakwa akan berlaku mogok dalam kalangan petugas kesihatan.

Baca Juga: Buat Duit Dengan AZ Force

Tekanan Dihadapi Oleh Sistem Kesihatan Negara

Beliau dilapor mengetahui perkara itu daripada beberapa doktor berstatus kontrak dan tetap selepas kecewa dengan tekanan dihadapi sistem kesihatan di negara ini.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut menggesa kerajaan mengambil serius sentimen pekerja kesihatan yang dikatakan mahu mengadakan mogok.

Minggu lalu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak memaklumkan bersedia melakukan mogok sekali lagi jika KKM terus ‘membisu’ dalam menangani isu berkaitan dalam tempoh tiga bulan ini.

Letak Jawatan Secara Besar-besaran

Untuk makluman, pada tahun 2021, beberapa siri mogok telah dilakukan menyaksikan doktor-doktor kontrak telah meletak jawatan secara besar-besaran.

Seruan letak  jawatan beramai-ramai dalam kalangan doktor kontrak ini bukanlah bertujuan `menghasut’ sebaliknya memberi mesej buat kerajaan agar mendengar permintaan mereka.

Berdasarkan rekod, hasil daripada tinjauan Hartal Doktor Kontrak pada April 2021 lalu mendapati, sejumlah 3.9 peratus daripada 1,000 responden (doktor kontrak) sudah meletak jawatan manakala tinjauan kedua pada Jun 2021 lalu merekodkan pertambahan dua kali ganda atau sembilan peratus doktor yang keluar daripada perkhidmatan.

Walaupun ada pihak menganggap isu ini masih belum kritikal, namun jika isu ini tidak ditangani, maka dijangka lebih ramai lagi yang akan letak jawatan pada masa hadapan dan sudah tentu ia akan menjadi masalah untuk sistem kesihatan negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge