
Doktor Gigi Ini Kongsi Tips Kurangkan Kesan Buruk Kopi dan Teh Pada Gigi.
Kebiasaan orang minum kopi untuk hilangkan rasa mengantuk, tapi sekarang ini minum kopi sudah menjadi seperti satu trend sejak banyak gerai di jalanan menjual air tersebut. Trend ini menjadi lifestyle sesetengah orang.
Tidak ketinggalan juga dengan teh, kedua-dua minuman ini pasti menjadi pilihan terutamanya apabila cuaca terik pada siang hari. Latte ias mahu pun teh ais pasti enak dihirup ketika cuaca panas.
Namun, pernah tak anda mendengar, kopi boleh menjadikan gigi kuning? Bukan itu sahaja, kedua-dua kopi dan teh boleh beri kesan pada kesihatan gigi!
Alamak, macam mana tu?
Baca perkongsian dari doktor gigi ini untuk kurangkan kesan buruk kopi dan teh pada gigi.
Tips Kurangkan Kesan Buruk Kopi dan Teh Pada Gigi:
1) Minum guna straw dan elakkan minum terus dari cawan atau gelas.
Tujuannya, kita nak elakkan minuman dituju terus kepada gigi, terutamanya gigi depan. Lebih banyak terdedah, lebih senang melekat warnanya.
2) Elakkan minuman yang terlalu panas. Tunggu sejuk sikit dulu.
Suhu yang terlalu tinggi boleh beri kesan buruk kepada struktur dalaman gigi dan lebih mudah bertukar warna.
3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi atau teh.
Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat di permukaan gigi.
4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi atau teh. Tunggu 30 minit sehingga 1 jam dahulu.
Kedua-dua minuman ini berasid, dan memberus sebaik selepas minum, boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut dan kemudian menyebabkan struktur gigi jadi lebih lemah.
5) ‘Latte’ lebih baik daripada ‘Americano’!
Secara ringkas, susu dalam kopi atau teh boleh bantu mengurangkan kesan sisa minuman daripada melekat di atas permukaan gigi.
6) Minum dalam ‘one-shot’ lebih baik dari minum sikit demi sikit.
Bukanlah habiskan dalam seteguk, nanti tersedak pula.
Maksudnya di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk dapat kesan buruk.
7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus dan ‘floss’ gigi.
Kebersihan yang tidak memuaskan (terutamanya karang gigi) akan buat warna kekuningan lebih senang melekat.
Kalau ikut 7 tips ini ketika minum kopi, tidak akan ada kesan?
Tidak semestintya. Kesan itu masih ada, cuma mungkin kurang.
Boleh kongsi kepada rakan-rakan mengopi anda!
