Bapa Siti Nursurya

Kisah Siti Nur Surya Telemong Dibunuh Rakan Baik Sendiri.

Mungkin ada yang pernah menonton filem dari luar negara tentang pembunuhan kejam yang tidak terfikir dek akal fikiran seorang manusia yang waras. Apatah lagi kisah pembunuhan kejam oleh rakan baik dan rakan sekolah sendiri.

Namun, inilah yang terjadi di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu. Seorang remaja perempuan, Siti Nursurya berusia 19 tahun yang ditemui mati di rumah keluarganya dengan kesan tetakan sehingga putus tangan kiri mangsa.

mayat mangsa pembunuhan di Telemong
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Gambar kecil: Siti Nor Surya. Foto: Ihsan pembaca

Sehubungan dengan itu, polis menahan seorang remaja perempuan, sekali gus membongkar motif kejadian bunuh.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek pada awalnya hadir ke balai polis ditemani ibunya untuk membantu siasatan, namun hasil keterangan diberi remaja terbabit yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Lima itu mencurigakan lalu pihaknya membuat tangkapan ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

Selisih Faham Sehingga Membunuh

Suspek yang juga rakan baik mangsa memaklumkan telah pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.

Suspek kemudian mengambil sebilah pisau yang ada di ruang tamu sebelum mencederakan mangsa dalam pergelutan itu. Tangan kiri mangsa telah dikelar beberapa kali oleh suspek sehingga putus. Mangsa juga ditikam beberapa kali dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan.

pembunuh-siti-nursurya-telemong
Mereka adalah rakan baik di sekolah

Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah kira-kira jam 2.30 petang.

Tidak Puas Hati Dsindir Menjadi Motif Pembunuhan?

Tidak berpuas hati disebabkan kata mengata dan sindir menyindir sebelum ini dipercayai menjadi punca suspek nekad membunuh rakan sekolahnya.

Suspek memaklumkan kononnya mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibunya hanya seorang tukang cuci dan bapanya pula bekerja kampung berbanding kehidupan keluarganya yang agak senang.

Suspek juga ada mendakwa kononnya mangsa suka mengejek dengan mengatakan yang dia tidak cantik berbanding dirinya dan disebabkan itulah suspek masih tidak mempunyai teman lelaki seperti dia sehingga suspek sering memendam rasa.

Mungkin ini juga satu bahana kepada tabiat ‘body shaming’?

Bapa Mangsa Tidak Sangka Mengenali Pembunuh Anak Sendiri!

Bapa mangsa, Ismail Muda, 58, tiada di rumah ketika kejadian berlaku. Mengikut beliau, mangsa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat kanser otak. Situ Surya memang sentiasa ada di rumah sebab menjaga ibunya yang sakit. Isteri Ismail tidak boleh bergerak dan terlantar sejak setahun lalu.

“Saya keluar bekerja jam 7 pagi tetapi waktu itu tak sempat pun jumpa dan bercakap dengan dia,” -bapa mangsa.

Bapa mangsa Siti Nur Surya


Ismail tidak menyangka suspek yang dipercayai melakukan jenayah tersebut adalah kawan baik dan rakan sekolah arwah anaknya. 

“Saya macam tidak percaya apabila suspek yang ditangkap polis adalah rakan kepada arwah Siti Nur Surya,”

Pihak polis masih mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden itu. Suspek dikenakan tahanan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca: Kisah Banduan Akhir Ke Saat Digantung

Perkongsian WhatsApp Terakhir Mangsa Siti Nursurya

“Kali terakhir dia WhatsApp saya adalah pada pagi sebelum kejadian. Saya beritahu nak ke tempat kerja dan dia membalas, minta saya jaga diri,” kata Muhammad Haiqal Adnan, 19.

Muhammad Haiqal adalah teman lelaki Siti Surya Ismail, 19, gadis yang dibunuh di hadapan ibu yang terlantar di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu, semalam.

Pemuda dari Kampung Medan Jaya, Rusila, Marang itu, berkata dia yang mengenali Siti Surya sejak dua tahun lalu, dimaklumkan mengenai kejadian menimpa arwah oleh kenalan rapatnya jam 4 petang semalam.

“Pada mulanya, saya ingatkan rakan itu bergurau apabila dia memberitahu Siti Nur Surya mati dibunuh. Saya kemudian terus ke rumah keluarga arwah dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku.

“Macam tidak percaya, saya dan ibu baru berjumpa Siti Surya pada Sabtu lalu ketika kami menziarahi ibunya di rumah mereka. Ketika itu, arwah mesra bersembang dengan ibu.

“Ketika berbual, ibu sempat berpesan kepada arwah supaya jaga diri dan kesihatan,” katanya menambah, mereka berdua merancang bertunang dan kemudian berkahwin pada tahun depan.

Ketika ditemui di rumah datuk dan nenek Siti Surya di Kampung Beladau Kepong, di sini, Muhammad Haiqal berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arwah untuk berkahwin tahun depan.

“Kami merancang untuk buat majlis tahun ini tetapi disebabkan Covid-19, ditambah pula dengan keadaan ibunya yang sakit, kami menangguhkan sehingga tahun depan,” katanya.

Imbasan Kisah ‘Dibunuh Oleh Sahabat Sendiri’- Syahril A.Kadir

MENGENANG PERGINYA ADIK JULIANA…

HARI ni kita semua membaca kisah seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai membunuh sahabatnya sendiri, Siti Nur Surya Ismail, 19, dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus di Kuala Berang, Terengganu.

Suspek ditahan selepas diserahkan ibunya pada jam 8.15 pagi semalam ketika datang ke balai polis.

Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Sebagai wartawan jenayah, apa yang terjadi pada adik Siti Nur Surya ini betul-betul mengingatkan aku mengenai kes pembunuhan adik Juliana Md Fuzi (gambar) di Kuala Lumpur kira-kira 13 tahun lalu.

juliana mangsa bunuh

Semuanya angkara sahabat baik juga!

Masa tu arwah Juliana baru berumur 20 tahun.

Semuanya bermula apabila arwah terjumpa suspek (juga seorang wanita) dalam satu majlis reunion sekolah rendah mereka.

Suspek kemudiannya mengajak arwah untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu.

Rupa-rupanya suspek dan teman lelakinya sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap arwah. Mereka membawa arwah ke sebuah hotel konon untuk mengambil barang yg tertinggal.

Di hotel itulah, mereka telah menyamun, teman lelaki suspek juga merogol sebelum membelit serta menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!

Hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas kedua-dua suspek.

Tidak lama selepas itu, bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati namun mereka berdua tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia.

Setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua. Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka.

Katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

“Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu adalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki.

Mengapa aku bercakap mengenai kes ini? Seperti kes adik Siti Nur Surya, aku tidak faham mengapa mereka sanggup bersekongkol menyamun dan membunuh sahabat baik sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!

Untuk makluman korang, di mahkamah, suspek, bersungguh-sungguh menafikan dia terlibat dalam pembunuhan tersebut. Malah dia bagaikan tak percaya dengan hukuman berkenaan hingga membuatkan dia menangis teresak-esak sambil merayu kepada ibu bapanya supaya dia dilepaskan daripada tuduhan itu.

Mama, saya tak bunuh! Saya tak bunuh!,” katanya sambil meraung.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur.

Semoga Allah mencucuri rahmat di atas roh adik Juliana dan adik Siti Nur Surya yang dibunuh oleh sahabat mereka sendiri.

Pada suspek-suspek kejadian ini, semoga taubat mereka diterima oleh Allah SWT di akhirat kelak. Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge