
KWSP i-Sayang – Pindah Duit KWSP 2% Dari Akaun Suami Ke Akaun Isteri.
Berita baik untuk pencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)/Employees Provident Fund (EPF). Satu kemudahan akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2022.
Skim i-Sayang
Kemudahan ini dikenali sebagai i-Sayang sebagai sebahagian usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.
Inisiatif i-Sayang akan membolehkan pemindahan sukarela dua peratus (2%) caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
Pendapat kami, langkah ini amat baik bagi isteri dan anak-anak sekiranya berlaku musibah kepada si suami. Mungkin ada yang tidak mengetahui, bagi pencarum Muslim, duit KWSP bukanlah hak mutlak selepas ‘pemergian’ suami.
Jadi, sekiranya sejak awal lagi tindakan memindahkan 2% daripada akaun suami ke akaun isteri, sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada keluarga pencarum pada masa hadapan.

Skim i-Lindung
Selain itu katanya, satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.
KWSP juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus (11%) kadar berkanun.
Walaubagaimananpun, diharapkan wabak yang melanda ini akan terus berkurangan agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala bagi melangsungkan hidup.
2 % masih terlalu kecil dan mengaoa tidak 5% kerana isteri adalah sebahagian daripada suami juga,
anak-anak lepas ketiadaan ayah..maka orang yang menanggungnya adalah isteri atau ibu mereka
mrhanafi recently posted…Beli jajan kayangan