
Pengajaran Daripada Kisah Tragis Almarhum Zulfarhan
Banyak perkara yang boleh difikirkan sebenarnya pasal kes Almarhum Zulfarhan Osman ni.
1. Ada sebab kenapa Islam melarang kita berjumpa dengan bomoh, dengar, apatah lagi percaya bulat-bulat? Syirik. Merosakkan hubungan sesama manusia sampai ada tahap hilang pertimbangan. Dalam kes ini, bomoh tersebut sebenarnya bapa kepada salah seorang tertuduh. Jadi tak pelik tahap kepercayaan tu lebih 100%.
2. Bagaimana kesemua yang tertuduh sanggup menggunakan “steam iron” untuk menyeksa kawan sendiri? Termasuk di bahagian kemaluan? Hanya kerana sebuah laptop? Kalau tumbuk, itu lain cerita sebab tumbuk tu benda biasa di kalangan pelajar lelaki, walaupun benda tu salah juga. Ini dah macam tak ada langsung perikemanusiaan.
3. Ibu Almarhum Zulfarhan mengalami masalah katarak yang serius disebabkan kerap menangis. Bapanya menghidap penyakit darah tinggi kerana terlalu penat berulang alik ke mahkamah. Mungkin juga kerana banyak terkenangkan anaknya.
4. Satu keluarga tertuduh sahaja yang datang minta maaf dengan keluarga mangsa. Yang lain-lain langsung tidak meminta maaf. Seolah-olah anak-anak mereka tidak bersalah. Mungkin ada sebab lain, tapi ibubapa yang baik akan memahami kesakitan ibubapa yang kehilangan anak, apatah lagi kematiannya disebabkan kesalahan anak sendiri.
5. Tingkahlaku ini membuktikan satu perkara tentang peranan penting ibubapa dan peranan keluarga dalam membentuk tingkahlaku anak-anak. Malah, dah banyak kajian menunjukkan jika anak-anak mempunyai hubungan yang baik dan positif dengan ibubapa/saudara mara di waktu kecil, mereka akan membawa tingkahlaku yang lebih positif dan sihat dalam kehidupan. Begitu juga dengan cara mereka dibesarkan. Big impact of “monkey see, monkey do”.
6. Kesihatan fizikal dan mental anak-anak, bagaimana anak-anak menjaga diri mereka dan membuat pilihan yang bijak, berfikir dengan waras, semuanya mesti terkait dengan pengalaman mereka sebagai anak kecil. Bermula dari rumah. Kemudian di sekolah. Akhir sekali, peranan masyarakat.
7. Tahniah kepada keluarga Almarhum Zulfarhan atas keputusan kes hari ini. Takziah kepada keluarga tertuduh. Semoga bermuhasabah. Semoga bertaubat kepada mereka yang tertuduh. Semoga ada ibrah untuk kita semua juga.

8. Sama ada hukuman 18 tahun penjara cukup atau tidak, adil atau tidak, itu tidak penting kerana mahkamah akhirat sudah pasti adil dan saksama. Dan yang pasti, masa muda dan masa depan mereka dah hancur. Segala-galanya sia-sia hanya kerana sebuah laptop dan kerana mempercayai kata-kata seorang “bomoh”.
Indeed, it takes a village to raise a child. And if you have young children right now, don’t take things for granted. Don’t be a lazy parent. Don’t wait for others, for teachers to teach your children. Do your best. Give all your best. Only then, you leave it to God.
Remember that your children are an amanah (trust) from Allah SWT, and therefore, we have certain duties and responsibilities towards them. Raising your children should be one of your highest priorities. So, please take parenting seriously. This serves as a reminder for myself as well.
Baca Juga: Bunuh Tanpa Niat, Pelajar Dihukum Penjara 18 Tahun
Perkongsian Asal: Ell F. Azman
Sebuah kisah kehidupan dan kes kematian yang patut jadi iktibar ramai pihak. Al Fatihah untuk Zulfarhan
Geng Borak recently posted…Tukang Sihir, Bersetubuh Dengan Mayat Boleh Didakwa
mohon dijauhkan perkara ini berlaku dalam kehidupan kita pada masa hadapan
mrhanafi recently posted…Harga ikan siakap murah ke mahal?