Restoran SAS Rimba Langkawi

Wakil Restoran Terapung SAS RIMBA Langkawi Jawab Isu Siakap Hidup RM1196 Seekor

Assalamualaikum, Saya wakil dari restaurants yang viral berkenaan dengan siakap hidup 7.48kg, Disini saya dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian. Berkenaan dengan saiz ikan, saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dengan saiz ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkar ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni. 

Dan saya juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan (ikan merah dan kerapu), saiz ikan di dalam lebih kecil saiz lebih kurang 1.00kg-1.5kg sahaja tetapi pihak customer masih lagi insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega.

 

Dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat saiz ikan dan beritahu kami proceed dengan ordernya.

Berkenaan dengan anggaran saiz yg ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi saiz ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar. Dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. Tetapi beliau Masih lagi proceed untuk order. 

Dan ada yang mention berkenaan telur dadar yang mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dalam satu plate. Dan telur itu bersaiz besar dan saya rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yang perlu dikeluarkan.

Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Orang Cina Pesan Seafood di Restoran

Siakap Langkawi

Point kedua berkenaan dengan kad kredit 5% pihak kami tidak caj apa-apa pun dalam pembayaran beliau, bil yang ditunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah RM1759.50 dan bil kedua berjumlah RM93.00 total untuk 2 bil tersebut RM1852.50.

Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dengan bill juga tu juga order lobster (950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.

Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yang dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin RM9/100gram tetapi kami menjual RM16/100gram disebabkan ikan hidup.

Banyak yang dalam komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jangan risau semua kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara malaysia.

Kredit: Syikin Musa

2 Replies to “Wakil Restoran Terapung SAS RIMBA Langkawi Jawab Isu Siakap Hidup RM1196 Seekor”

  1. Yop… hasil laut kat langkawi memang harga ” terangkat” lebih.
    Semua hasil terkawal rapi jika tidak akan di sambar helang .

    So ..falsafah nya , jgn lah hasil langkawi di sambar helang …biar pengunjung yg di sambar helang .

  2. Dah tipu timbang masih nak tutup salah..syikin oii awat tu silap2 dah kene istidraj…..awak ingt rezeki yang allah bagi tu tanda allah redha ke awak tipu dalam timbangan??cara awak kaut untung dengan riba tu awak ingat Halal ke?aduhai tak takut ke azab Allah???MATI ANYTIME….siap sound dgn ayat sombong konon pelanggan itu alim bagai….ya allah….apa nak jadi dgn kamu dan kaum2 kamu ha????makan riba sana sini,tipu dalam timbangan,munafik fasik lepastu perasan awak berada dipihak benar dan murah rezeki sbb Allah redha???FIRAUN DAN KHORUN PUN DGN AMAT MUDAH ALLAH HANCURKAN INIKAN PULA AWAK DAN SEBILANGAN BESAR PENIAGA2 MALAYSIA YANG AMALKAN RIBA INI???ALLAH SENDIRI BERFIRMAN ISYTIHARKAN PERANG PADA ORG YANG AMALKAN SAKI BAKI RIBA,DAN ALLAH MELAKNAT DAN MENCELAKAKAN ORANG2 YANG TIPU DALAM TIMBANGAN….AWAK INGT AWAK BOLEH LEPAS DARI AZAB ALLAH SELAGI AWAK TAK TEBUS PADA SETIAP PELANGGAN YANG AWAK TIPU DALAM TIMBANGAN DAN MAKAN HASIL RIBA???AWAK KENE INGAT AJAL KEMATIAN AWAK ANYTIME…ADALAH LEBIH BAIK BERTAUBAT DAN TEBUS SEBELUM TERLAMBAT….JGN PERASAAN AMALAN AWAK DITERIMA KITA TIDAK DIJAMIN SYURGA INIKAN PULA PEMAKAN RIBA DAN MENIPU DALAM TIMBANGAN…TEULR DADAR DUA BIJI RM12.SUBHANALLAH …AIR JUG OREN RM35,AIR TEMBIKAI RM35 IKAN SIAKAP RM1K++ 7KG??IKAN SANGKAR JE PUN SEKILO SIAKAP SANGGKAR RM12 AWAK KETUK SAMPAI 1K LEBIH.KALAU KING CRAB BERING SEA ALASKA MASUK AKAL LAH JUGA RM1K++,INI IKAN SIAKAP SANGKAR MALAYSIA JE PUN…TAK TIPU DALAM TIMBANGAN LAGI KE NI??PELANGGAN TU NAK SUPPORT AWAK SEBAGAI SAUDARA ISLAM BERNIAGA TAPI AWAK KETUK DIA…MAKAN HARAM…LEPASTU AWAK SALAHKAN DIA PULA….INSAFLAH PEMPUAN OIIII KAU TU BUKAN BOLEH HIDUP 1000 TAHUN PUN. BUKAN BOLEH BAWAK DUIT MASUK KUBUR PUN…KAU TAKAN MENEMUI SELAMAT DUNIA AKHIRAT.KECELAKAAN BESARLAH BUAT ENGKAU DAN SESIAPA SAHAJA PENIAGA MACAM KAU YANG AMAL RIBA DAN TIPU DALAM TIMBANGAN.

    Petikan daripada Al-Quran: Al-Baqara (2:279)

    فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ فَأْذَنُوا۟ بِحَرْبٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَٰلِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَfa il lam taf’alụ fa`żanụ biḥarbim minallāhi wa rasụlih, wa in tubtum fa lakum ru`ụsu amwālikum, lā taẓlimụna wa lā tuẓlamụn

    Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

    Petikan daripada Al-Quran: Al-Mutaffifin (83:1)

    وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَwailul lil-muṭaffifīn

    Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),

    Petikan daripada Al-Quran: Al-Mutaffifin (83:2)

    ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكْتَالُوا۟ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسْتَوْفُونَallażīna iżaktālụ ‘alan-nāsi yastaufụn

    Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,

    Petikan daripada Al-Quran: Al-Mutaffifin (83:3)

    وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَwa iżā kālụhum aw wazanụhum yukhsirụn

    Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

    Petikan daripada Al-Quran: Al-Mutaffifin (83:4)

    أَلَا يَظُنُّ أُو۟لَٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَalā yaẓunnu ulā`ika annahum mab’ụṡụn

    Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

    Petikan daripada Al-Quran: Al-Mutaffifin (83:5)

    لِيَوْمٍ عَظِيمٍliyaumin ‘aẓīm

    Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge