ali puteh nor hidayah

Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Bakal Disita, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Baru-baru ini, ramai yang bingung apa sebenarnya yang terjadi terhadap status rumah arwah ibu Ali Puteh yang dikatakan telah disita setelah Ali Puteh gagal membayar ganti rugi RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali.

Seorang peguam tersohor negara, Hafidzah Hassan telah mengulas dan memberi pandangan di Instagram beliau tentang perkara ini.

Mari kita bincang maksud “sita” dalam konteks undang undang.

Sita dalam konteks undang2:

1. Apabila satu-satu kes dimenangi yang mana penghakimannya melibatkan pembayaran sejumlah wang. Tetapi pihak yang disuruh bayar tidak bayar. Maka terdapat beberapa cara yang boleh dipilih untuk “melaksanakan” penghakiman itu.

2. Boleh pilih antara lain, nak bankrapkan ke (RM100,000) ke atas, nak gulungkan ke (jika pihak yang perlu bayar adalah syarikat), nak buat saman penghutang penghakiman ke, nak bekukan akaun ke (istilah sebenar adalah garnisi), nak mulakan prosiding penghinaan mahkamah ke, atau nak sita dan jual?

3. Pemilihan sita dan jual bermaksud permohonan menyita dan menjual difailkan di mahkamah dan perintah akan dikeluarkan mahkamah. Mahkamah akan arahkan perintah ditampalkan di premis yang nak disita, hari tampal itu bailif (pegawai mahkamah) akan datang dan sita aset aset mudah alih dalam rumah macam perabot, penghawa dingin, carpet, mesin, dan mana mana yang masih mempunyai nilai.

Baca Juga: Cara Beli Hibah dan Jana Pendapatan

4. Tiada rampasan dilakukan. Bailif hanya ambil senarai barang dalam rumah dan nilaikan kemudian lelongan akan dibuat di premis itu (atau tempat lain) dalam masa 14 hari. Mana mana orang tak boleh alihkan barang barang tu keluar dan biasanya ada pengawal keselamatan yang akan jaga tempat itu. Jadi kalau orang yang diarahkan membayar itu bayar sebelum lelongan dimuktamadkan, atau selesaikan baik baik antara pihak dengan persetujuan, sitaan boleh dibatalkan.

5. Sita bukan maksud boleh sita rumah (ambil rumah itu tukar hakmilik) dan lain lain. Kerana rumah itu dimiliki orang lain, belum ditadbirkan dan belum menjadi hakmilik pihak yang diarahkan membayar, atau masih dalam tempoh pembayaran bulanan di bank. Nak sita rumah kena ada permohonan yang lain pula.

Diharap ulasan ini sedikit-sebanyak dapat memberi ilmu dan memahamkan rakyat awam yang konpius.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge