DDNK

Sebab Lesen DDNK Digantung “Suspended” Oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Tidak cukup dengan kontroversi rumahtangga dengan bekas isteri, DDNK sekali lagi diuji dengan dakwaan lesen pelaburan DDNK digantung (suspended) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Perkara itu disebarkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Bomoh Bursa di mana lesen yang dimilik DDNK sejak tahun 2019 itu telah digantung oleh pihak SC selama 6 bulan bermula 6 Oktober lalu.

Banyak juga perkara yang didedahkan individu terbabit yang menceritakan penipuan yang berlaku dalam saham. Mungkin ada yang tak faham dengan isu terjadi. Anda boleh rujuk kepada posting Bomoh Bursa di link di bawah ini

Kredit Post: Bomoh Bursa

Individu yang dikenali sebagai Tok itu juga berkata memang selayaknya lesen DDNK digantung memandangkan selama ini dia hanya bercakap bohong.

Malah, individu tersebut juga mengesyaki bahawa DDNK mempunyai ‘orang dalam’ atau kenalan rapat dalam kalangan menteri membuatkan dia ‘kebal’ selama ini.

Selain itu, timbul juga desas desus mengatakan bekas isteri DDNK, Watie yang membuat laporan tentang ‘scam’ yang dilakukan olehnya.

Posting tersebut telah meraih perhatian ramai netizen bukan sahaja di Facebook tetapi juga Twitter dan isu ini sudah mula menjadi bualan di media sosial.

Setakat ini, isu lesen DDNK digantung ini masih belum menerima sebarang respon oleh DDNK sendiri menerusi laman Facebook atau Instagram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge