
6 Persediaan Ini Kena Buat Susulan Amaran Krisis Ekonomi Kritikal Tahun Depan.
Pasaran dunia mungkin menghadapi kemelesetan ekonomi global menjelang tahun 2023 selepas bank-bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah secara serentak. Kenaikan kadar faedah ini terpaksa dilakukan sebagai tindak balas kepada inflasi.
Selain itu, ini merupakan rentetan krisis kewangan dalam pasaran baru dan ekonomi membangun akan memberikan kesan negatif yang berpanjangan, menurut kajian baharu yang komprehensif oleh Bank Dunia.
Disebabkan itu, kita perlu melakukan persedian awal untuk menghadapai kegawatan ekonomi yang akan melanda dengan pengurusan kewangan dan aturan perbelanjaan dengan lebih baik dan teliti. Jika tidak, kita mungkin akan menerima kesan yang agak teruk dan bakal menjejaskan gaya hidup.
Kali ini, kami ingin kongsikan langkah-langkah persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dunia yang boleh digunakan orang ramai. Perkongsian ini dimuat naik oleh Twitter @Directlending MY .

Bank Dunia bagi amaran financial crisis secara kritikal akan melanda seluruh dunia pada tahun 2023.
Bank Dunia telah pun memberikan amaran krisis kewangan secara kritikal dan akan melanda seluruh dunia pada tahun 2023 termasuk Malaysia.
Jadi, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh kita untuk tangani masalah ini? Berikut perkongsian langkah yang boleh digunakan sebagai persediaan.
1# Dana Kecemasan
Sediakan dana kecemasan sebanya 6 bulan gaji atau pendapatan. Kalau tak mampu untuk 6 bulan, kumpul tiga bulan dulu. Kalau gaji RM4,000 sebulan, sekurang-kurangnya perlu ada RM12,000 dalam tabung simpanan kecemasan. Persedianan ini boleh dilakukan bermula hari ini. Paling tidak, 20% – 30% daripada gaji. Pendek kata, sebanyak mana yang termampu.
2# Lindung Kewangan Anda
Kami pasti anda pernah mendengar terma ‘Lindung Kewangan’. Dengan kata lain, anda perlu memiliki plan perlindungan insuran untuk mengelakan ‘poket bocor’ akibat musibah yang tidah dijangka. Carilah plan kad perubatan (medical card) yang sesuai dengan bajet anda dan juga plan perlindungan tambahan mengikut keperluan diri. Berbincanglah dengan ejen anda tentang matlamat plan perlindungan anda.
3# Jana Side Income
Jika ada kereta dan kudrat lebih, boleh buat e-hailing, ada motor boleh jadi rider/food delivery. Nak kerja dari rumah boleh cuba kerja-kerja secara digital seperti freelance content writer atau Fiverr. Anda juga boleh membuat kerja sambilan sebagai ejen hartanah, ejen insuran atau ejen unit trust. Atau anda boleh sertai Program Referral Az Force atau BZ force yang memberi potensi anda menjana pendapatan secara pasif.
4# Jangan Berhenti Kerja
Sekarang bukan masa yang terbaik untuk anda berhenti kerja yang ada hari ini. Selesaikan masalah yang dihadapi. Semoleknya rancangan terlebih dahulu. Jangan resign tanpa ada jaminan kerja. Kalau nak resign juga pastikan ada sumber pendapatan lain yang stabil.
5# Elak Tambah Hutang atau Komitmen Baru
Nak beli kereta? Beli kalau betul-betul perlu. Cuba apply loan dengan fix interest rate & beli kereta di bawah kelayakan. Contoh layak kereta RM90K, beli kereta RM60K. Semoleknya, cuba bertahan dengan kereta sedia ada.
6# Berbelanja Ikut Keperluan
Tengok barang keperluan dalam kehidupan anda. Bezakan antara barang keperluan atau kehendak. Pakaian, alatan elektrik, gajet, mana masih elok dan boleh pakai, pakai sahaja buat masa sekarang. Lupakan iPhone 14 terbaru yang belum tentu mampu membantu anda di saat kemelesetan ekonomi.
Akhir kata, strategi menghadapi kemelesetan ekonomi global bukanlah perkara mustahil. Tetapi ianya perlu dilakukan pada hari ini dan akan mengambil masa yang agak lama. Kesabaran memainkan peranan yang sangat penting.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Kami pasti, kita semua lebih bijak dan akan lebih berhati-hati dalam merancang kewangan masa depan.
Sumber: World Bank
Perkongsian dan pesanan yang cukup baik untuk persediaan masa depan kita.
Geng Borak recently posted…Kewajipan Zakat Emas Yang Jarang Diperkatakan