Md Rayhan diusir

Akhirnya, Md Rayhan Diusir Ke Bangladesh. Pengajaran Kepada Semua Warga Asing.

Dakwaan terhadap pihak berkuasa Malaysia bertindak tidak adil ke atas warga asing akhirnya memusnahkan impian untuk mencipta hidup yang lebih senang di bumi Malaysia.

Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh Md Rayhan Kabir yang mencetuskan kontroversi di dalam dokumentari terbitan stesen televisyen antarabangsa bertajuk Locked Up in Malaysia’s Lockdown.

Pihak Jabatan Imigresen memutuskan untuk menghantar pulang Md Rayhan ke Bangladesh tanpa ada pertuduhan ke atasnya. Selain pas lawatan kerjanya ditamat serta merta, Md Rayhan juga disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia selama-lamanya.

Sumber berkata, penghantaran Md. Rayhan dilakukan menerusi penerbangan di KLIA menaiki pesawat Malaysia Airlines ke Dhaka pada jam 11 malam semalam selepas keputusan ujian saringan Covid-19 dikeluarkan.

Pengajaran Kepada Warga Asing.

Dalam dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat itu, Md Rayhan mengkritik dan menuduh wujudnya diskriminasi kerajaan Malaysia dalam mengendalikan pandemik Covid-19 yang melibatkan warga asing. Dia juga mendakwa pendatang tanpa izin (PATI) bukanlah penjenayah.

Memang benar, Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi tetapi ini tidak bermakna sesiapa boleh membuat tuduhan yang mencemarkan reputasi pentadbiran Malaysia. Terutama, tuduhan tidak berasas ini datangnya daripada rakyat asing yang diberi peluang untuk menikmati keharmonian hidup di negara ini.

Jadi, andai ada warga asing yang membaca posting ini, hormatilah peluang yang diberikan kepada anda untuk mencari rezeki di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge