cara-baca-al-kahfi

Tips Mudahnya Membaca Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi sangat digalakkan dibaca pada hari Jumaat. Ini merupakan salah satu amalan baik dilakukan pada hari Jumaat. Ganjaran dan kelebihan membaca surah ini pada setiap hari Jumaat sangatlah besar bagi sesiapa yang dapat membaca sepenuhnya sebelum habis hari Jumaat.

“Barangsiapa yang membaca surat AlKahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dia dan Kaabah”- HR.Ad.darimi

Surah AlKahfi mempunyai 110 ayat. Agak panjang bagi orang biasa untuk membacanya dalam satu-satu masa. Ada lebih kurang 12 mukasurat.

Untuk mendapatkan ganjaran membaca surah ini, anda tidak perlu habiskan sekaligus. Anda boleh membaca surah Al-Kahfi sepanjang hari Jumaat,

Di bawah ini, kami kongsikan cara mudah membaca Surah Al-Kahfi untuk panduan kita bersama:

Ada beberapa cara anda boleh bahagi-bahagikan masa membaca.

Pertama:

  1. Baca 2 mukasurat lepas Maghrib (Khamis)
  2. Baca 4 mukasurat lepas Isyak (Khamis)
  3. Baca 2 mukasurat lepas Subuh (Jumaat)
  4. Baca 2 mukasurat lepas Zohor (Jumaat)
  5. Baca 2 mukasurat lepas Asar (Jumaat)

Jumlahnya 12 mukasurat kan? 

Atau jika siang Jumaatnya anda sibuk dengan kerja di pejabat, boleh juga menyusun jadual bacaan seperti di bawah:

  1. Baca 4 mukasurat lepas Maghrib
  2. Baca 4 mukasurat lepas Isyak
  3. Baca 2 mukasurat lepas Subuh
  4. Baca 1 mukasurat lepas Zohor
  5. Baca 1 mukasurat lepas Asar

Atau pun, kalau lepas Maghrib dan Isyak dah tak larat nak baca 4 mukasurat, atau ada hal lain untuk diuruskan, it’s OK.

Kita cuba cara ketiga seperti di bawah ini:

  1. Baca 2 mukasurat lepas Maghrib
  2. Baca 2 mukasurat lepas Isyak
  3. Baca 4 mukasurat sebelum tidur
  4. Baca 2 mukasurat lepas Subuh
  5. Baca 1 mukasurat lepas Zohor
  6. Baca 1 mukasurat lepas Asar

Cara di atas berdasarkan bilangan mukasurat yang dibaca. Jika anda tidak berminat untuk membuat jadual membaca berdasarkan mukasurat, boleh juga menyusun jadual dengan pecahan ayat mengikut kisah-kisah di dalam surah Al-Kahfi.

Boleh rujuk gambar Tips Mudah Membaca Al-Kahfi di bawah ini:

Best kan dua pilihan cara membaca surah Al-Kahfi ini. Bolehlah pilih mengikut kesesuaian masa dan kemampuan masing-masing.

Yang paling penting, kena kuat semangat dan azam untuk menghabiskan bacaan ini dalam masa satu hari. Disiplin untuk mengikut jadual yang ditetapkan juga sangat perlu.

Mula-mula, memang terasa berat untuk menghabiskan keseluruhan surah Al Kahfi pada hari Jumaat.

Apa-apa pun dalam hidup ni, kalau nak mula atau nak pandai belajar, tak boleh berputus asa. Betul tak?

Al-Quran tu kan cahaya kehidupan. Jadi, marilah kita sama-sama menerangi hidup kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge