rawat hfmd

Cara Cegah Dan Rawat Penyakit HFMD (Hand, Foot & Mouth Disease)

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di kalangan kanak-kanak meningkat dengan cepat selepas musim perayaan pada tahun ini. Kes HFMD dikesan banyak berlaku di kalangan kanak-kanak di antara usia 0 tahun hingga 6 tahun.

Kes-kes HFDM ini turut dikesan berlaku penularan di tadika dan sekolah. Pada musim perayaan pula, kes ini dikesan berlaku akibat pergaulan dan tindakan bersentuhan semasa aktiviti kunjung mengunjung.

Penyakit HFMD adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus71 (EV71). Ianya berlaku secara sporadik.

Virus ini mudah merebah akibat kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit. Kebiasaan kes, pesakit mengalami simptom ringan (mild) seperti demam, ulser di dalam mulut, ruam merah di kaki dan tangan, serta ruam melepuh.

Baca Juga: Penyakit Kawasaki Ancam Kanak-kanak

HFMD tiada ubat yang dikenalpasti mampu merawatnya. Pesakit hanya perlu dipantau dan perlu dipasti cukup minuman atau kekal selera makan. Untuk rekod, majoriti pesakit HFMD akan pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga sepuluh (10) hari setelah ketahanan dan imuniti tubuh terbentuk.

Sekiranya pesakit tidak berselera dan kekurangan air, pesakit berkemungkinan dehidrasi dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Cara Cegah Dan Kurangkan Risiko Dijangkiti HFMD

  1. Basuh tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin bayi, dan mencuci najis anak kecil.
  2. Sentiasa pastikan kebersiahan rumah dan persekitaran
  3. Tutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin
  4. Elakkan berkongsi tuala, pakaian, perkakas makanan minum dan alat permainan kanak-kanak
  5. Tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam dan sekolah
  6. Pihak sekolah juga perlu membuat saringan di pintu masuk sekolah bagi memastikan pelajar tiada tiada tanda jangkita HFMD
  7. Ibu bapa perlu hantar kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala jangkitan

Cara Rawat Anak Yang Dijangkiti HFMD

Rawatan untuk pesakit HFMD adalah simptomatik & berdasarkan gejala dan tanda yang dialami.

  1. HFMD tiada ubat untuk membunuh virus dan merawat anak yang dijangkit. Ibu bapa perlu asingkan dan kuarantin anak daripada anak-anak lain. Pemantau perlu dilakukan bagi memastikan selera makan dan minum mereka tidak merosot secara mendapat. Ini bagi mengelakkan daripada berlaku dehidrasi.
  2. Ibu bapa perlu membawa anak ke klinik untuk mendapat nasihat doktor. Doktor di klinik akan melaporkan kes HFMD anak kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  3. Sekiranya timbul ulser di dalam mulut, boleh sapu Oral Aid bagi anak yang berusia 6 tahun ke atas. Bagi anak bawah 6 tahun, boleh menggunakan Oral Spray yang sesuai untuk anak berusia bawah 6 tahun seperti Aloclair Plus Spray , Nutriva PropolisMEd yang boleh didapait di farmasi
  4. Pastikan anak-anak minum air yang mencukupi untuk kekal hidrat.
  5. Sentiasa mandi untuk elak panas badan.
  6. Sekiranya demam, anak-anak perlu mengambil ubat demam untuk mengurangkan demam dan sakit mulut.
  7. Buat pemantauan rapi bagi mengenalpasti tanda dan gejala yang serius seperti kekeringan atau dehidrasi badan dan keletihan yang teruk.

Penyakit HFMD disebabkan oleh pelbagai virus di dalam kumpulan enterovirus. Jadi tidak mustahil untuk pesakit berisiko mendapat jangkitan kedua disebabkan oleh virus yang berbeza.

One Reply to “Cara Cegah Dan Rawat Penyakit HFMD (Hand, Foot & Mouth Disease)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge