sujud sajadah

Cara Solat Jamak Qasar Dengan Betul

Apabila kita bermusafir lebih daripada 2 marhalah, kita diberi kelonggaran untuk menjamak (menghimpun) dan mengqasar (memendekkan) solat.

Perkara ini dipanggil rukhsah (kemudahan).

Kemudahan disini bermaksud kelonggaran kepada orang yang bermusafir lebih daripada dua marhalah (92km) yang berkemungkinan mengalami masalah untuk singgah mendirikan solat berkali-kali.

Maksudnya, kita boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya sekali gus.

Maksud Solat Jamak

Jamak bermaksud menghimpunkan.

Dari segi bahasa, jamak adalah perkataan Arab yang bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan sesuatu yang berselerak, atau mengarang kitab atau menyusun huruf.

Dalam hal solat, ia bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardu dengan melakukannya dalam satu waktu.

Maksud Solat Qasar

Qasar pula bermaksud memendekkan solat.

Contohnya daripada empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah Solat Isyak, Zohor dan Asar.

Solat Qasar juga boleh digabungkan dengan Jamak, iaitu dengan memendekkan jumlah rakaat serta menghimpun solat-solat tersebut.

Cara Solat Jamak Qasar

Untuk yang ringkas, berikut ialah panduan dan cara solat jamak Qasar, sumber dari UnisZa. Boleh terus download fail dalam bentuk PDF untuk simpanan sendiri di sini.

Apakah yang perlu kita niat setelah keluar rumah?

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-

“Sahaja aku musafir kerana Allah Ta’ala”.

Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Syarat – syarat : 

1. Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.

2. Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).

3.Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.

Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.

Baca Juga: Cara Solat sunat Taubat

Syarat Sah Solat Qasar :

1. Masuk fardhu solat ketika sedang musafir & melakukannya waktu musafir.

2. Perjalanannya telah melepasi sempadan qaryah

3. Tidak berniat menetap selama 4hari atau lebih di tempat yang dituju (tak termasuk hari datang & pulang).

4. Tidak mengikuti imam solat yang bermukim.

Syarat Solat Jamak : (TAKDIM)

  • Kedua-dua solat mengikut tertib (dahului dengan solat empunya waktu) .
  • Niat jamak dilakukan dalam solat yang pertama (hingga sebelum beri
    salam)
  • Berturut-turut antara solat pertama & kedua
  • Masih musafir hingga takbir solat kedua

Syarat Solat Jamak : (TA’KHIR)

  • Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.
  • Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat

Sumber: Manhaj Fiqh as-Syafi’i Jilid 1

Semoga perkongsian Cara Solat Jamak Qasar ini dapat memberi manfaat kepada semua musafir. InsyaAllah perjalanan anda akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge