ahmad iqbal

Muka Di’Edit’ Jadi Khinizir, Penyanyi Iqbal Mohon Maaf

Usahawan dan penyanyi baharu, Ahmad Iqbal Zulkefli memohon maaf kepada orang ramai sekiranya terdapat perbuatan yang dilakukannya selama ini kurang disenangi oleh segelintir pihak.

Lelaki berusia berusia 27 tahun itu berkata demikian selepas berkongsi beberapa keping foto di laman Instagram memaparkan wajahnya yang telah disunting menjadi khinzir dan haiwan lain oleh individu tidak bertanggungjawab.

lagu hujan
“Saya memohon maaf atas segala perbuatan yang mengundang kemarahan semua di sini. Saya banyak khilaf; harus terima segala ini dengan hati yang terbuka,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Hujan itu, dia mengakui tidak menyimpan dendam terhadap perkara tersebut sebaliknya memohon doa orang ramai supaya dirinya dapat menjadi insan yang lebih baik.

“Sedikit pun saya tidak berdendam kerana saya tahu tidak kesemua perkara saya lakukan itu betul. Doakan saya dapat menjadi lebih baik. Saya betul-betul meminta maaf atas segala yang tidak menyenangkan,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan kata-kata positif selain menyifatkan tindakan menyunting imej yang disamakan seperti haiwan seperti itu adalah melampau.

Kesimpulan

Kalau tak suka pun, jangan buat macam.

Terdahulu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida itu melancarkan single pertamanya berjudul Hujan selepas mula dikenali ramai berhubung kontroversi ‘cinta tak jadi’ bersama jutawan kosmetik berkenaan.

Kredit: OhMyMedia

One Reply to “Muka Di’Edit’ Jadi Khinizir, Penyanyi Iqbal Mohon Maaf”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge