hotel seram di Terengganu

Pintu Kena Goncang. Dinding Kena Cakar. Penghuni Hotel Mewah Di Terengganu Kongsi Pengalaman Tak Best

Sejak rentas negeri dibenarkan, suasana sektor pelancongan semakin meriah di negara kita. Orang ramai yang dah ‘dikurung’ setelah sekian lama, mulai keluar ke pusat-pusat pelancongan.

Bilik hotel dan resort penuh setiap minggu. Tidak kira hotel berstatus Lima Bintang mahu pun yang tiada bintang.

Susur masa di media sosial turut meriah dengan gambar dan cerita perkongsian oleh rakan-rakan yang beristirehat di tempat cantik dan terkenal. Tidak kurang juga cerita yang tidak enak didengar.

Bukanlah bermaksud ingin menjatuhkan satu-satu pihak, tetapi mereka berkongsi untuk dijadikan iktibar oleh pihak bertanggungjawab.

Kami kongsikan di bawah ini, pengalaman 5 hari 4 malam seorang penghuni di hotel mewah di sebuah negeri di Pantai Timur yang telah dikongsi di Facebook Group Hotel Review Malaysia.

——————-

Lain orang, lain pengalaman.

Mungkin nasib tak menyebelahi saya dapat bilik macam ni.

Hotel Duyong Marina Resort Spa, Terengganu. Rm380/night include breakfast, 2 pax, Bilik riverview.

Kami stay 5 hari 4 malam. Check in pukul 3, tapi kami sampai awal 2.30 ptg. Terpaksa tunggu sampai pukul 3. Staff kata tak boleh masuk awal. Sooo.. Tunggu lah kami kat situ. Jam 3, still tak boleh juga check in. Bilik belum ready katanya. Jam 3.30 pun sama.. Hinggalah jam 4 ptg baru dibenarkan check in.

Nak ke bilik, buggy pulak bergerak cuma 1. Kena queue pulak. Ada beberapa family lagi tengah menunggu.

Kami booking untuk king size bed, bila sampai dapat katil single 2 biji. So, terpaksa tido berhimpit dengan anak. Dah masuk bilik, nak mandi tengok tuala tak ada. Call mintak towel, setengah jam baru hantar.

Toilet dia perghhh!!! Kotor. Lumut hitam berdaki kat dinding. Rak sink pun buruk & lebur.

Yang lagi kecewa, buka pili air nak mandi. Tak sampai beberapa saat air dah bertakung. Adoii! Jamban nak berak pun kena flush banyak kali.

Baca Juga: Siakap Mahal Langkawi!

Tak abis kat situ.

Cermin pintu bilik kat bahagian beranda pun dah pecah. Buatnya kau lupa tutup sliding door, silap-silap hantu pun boleh lambai – lambai dari luar tu..

Beranda look scary, suram macam rumah lama, rumput panjang dah memanjat beranda. Macam tak terjaga. Beranda kotor, taik cicak, tompokan-tompokan sisa kotoran di lantai.

Kerusi meja untuk lepak-lepak kat beranda tak ada. Bila call tanya, katanya tak boleh hantar sebab tak cukup.

Sarang labah – labah pulak terlekat elok kat dinding ceiling. Tergoyang-goyang kena kipas.

Econ sekejap sejuk sekejap panas.. Kalau siang hari, aku siap berpeluh lagi. Tak rasa econ. Terasa bahang kat dalam bilik.

Tangga nak ke bilik retak, tunggu masa nak terbelah dua. Bila pijak tangga bergoyang-goyang.. Pagi tu siap ada taik kucing lagi kat tangga.

Suasana malam memang lagi scary. Kat laman cuma ada lampu seketul dua. Sebelah ada blok yang dah tak guna, terbiar kosong. Waktu malam macam scene dalam cite hantu gelap gelita.

Nak lampu banyak cuma di area garden view.

Malam ke-2 .. Pukul 1.30 pagi. Pintu kena goncang kat beranda, bunyi benda jatuh, melompat berulang kali. Dinding kena cakar. Lama pulak tu. Pintu toilet 3 kali terbuka sendiri. Aku tutup, pastu terbuka lagi.

Last-last .. aku biar je. Jap lagi dia ingat aku seronok layan dia.

Pukul 4 pagi baru boleh lena. Aku harap pihak resort ni buat lah sesuatu dengan bilik ni. Dah teruk sangat dah. Banyak kena repair yang rosak tu. Bilik lain aku tak tahu lah, ni nasib aku dapat bilik teruk mcm ni.

Staff kat sana pun kurang friendly, bnyak kena perbaiki.

5 hari 4 malam yang tak happy!

Kredit Artikel: Rania Adira

Sementara itu, di ruangan komen, ada beberapa warganet turut berkongsi pengalaman menginap di hotel mewah tersebut.

4 Replies to “Pintu Kena Goncang. Dinding Kena Cakar. Penghuni Hotel Mewah Di Terengganu Kongsi Pengalaman Tak Best”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge