GKP 2.0

Bayaran Rayuan RM3000 Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 Bermula 5 Februari

GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000
kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.

Ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung kesan daripada pendemik Covid-19.

Sekiranya anda layak, permohonan boleh dibuat di portal (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Syarat-syarat kelayakan GKP 2.0 seperti berikut:

  1. Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
    a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
    b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
    c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
    (PKS) mikro seperti berikut:
    i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
    RM300,000; dan
    ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
    termasuk pemilik; dan
    d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
    atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
    ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
    Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
    e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Keputusan Rayuan GKP 2.0

Permohonan GKP 2.0 telah dibuka mulai 7 – 21 Disember 2020 dan pemohon boleh menyemak keputusan Rayuan GKP 2.0 mulai hari ini.

Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, setiap permohonan rayuan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah disemak silang atau disah status kelayakan dengan data agensi Kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sekiranya rayuan GKP 2.0 anda gagal, sila semak sebab rayuan GKP 2.0 gagal.

Tarikh Bayaran Rayuan GKP 2.0

Bayaran rayuan GKP 2.0 ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Rayuan GKP 2.0 pada 5 Februari 2021

Status kelulusan boleh disemak bermula 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu gkp.hasil.gov.my.

6 Replies to “Bayaran Rayuan RM3000 Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 Bermula 5 Februari”

  1. Salam tuan, mohon tuan buat semakan semula permohonan geran khas prihatin saya, kenapa tak lulus. Alasan 04-tidak wujud di agensi. Sedangkan saya ada daftar dengan SSM. Mohon tuan buat semakan semula. Terima Kasih

      1. Salam tuan tolong semak saya kod 1. Saya cuma terletak tidak beroperasi tahun 2020 sedangkan saya baru berhenti berniaga bulan 7 2020….boleh kah saya buat rayuan

  2. Saya pun sama, tak biasa buat yg mula mohon 3000 pun x dpt,kata agensi.x.wujud la.Dah la Skrang mniaga pun terjejas duit BPR pun x.dpt,GKP pun x lulus

Leave a Reply to Saharani b Sulaiman @ Tahir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge