
Tayang Semua Benda Di Media Sosial. Itu Bukan Sikap Pasangan Bahagia.
Kehidupan berumahtanggan orang dulu dibandingkan dengan pasangan sekarang sangat jauh berbeza. Jika dahulu, tiada platform untuk menunjukkan kebahagiaan mereka, cukuplah sekadar mereka yang tahu, sekarang, makin ramai pasangan yang kalau boleh setiap kebahagiaan mereka nak diwar-warkan kepada seisi dunia.
Hari ini, menjadi kebiasaan setiap apa yang dibuat pasti ingin dikongsikan di media sosal. Bukan setakat berkongsi gambar keceriaan anak-anak, malah ada yang bahagia dengan memuat naik gambar percutian mewah, muat naik hadiah mahal dan makan di restoran mewah. Jangan terkejut, ada juga yang tanpa segan silu memuat naik hal dalam kain kepada ‘followers’ mereka.
Agaknya, apa motif atau tujuan sebenar mereka? Walau apa jawapan yang kita berikan, hanya mereka sahaja yang tahu.
Tetapi, jika ada yang melakukannya dengan tujuan ingin orang lain tahu yang anda adalah pasangan bahagia, itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial
Nak tahu kenapa?

Sebab Pasangan Bahagia Tak Pamer Kebahagiaan Di Media Sosial
1# Cukuplah Hanya Pasangan Yang Rasa
Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk ingin merakam gambar makanan dan momen semasa itu. Akhirnya, pasangan anda yang tidak mempunyai minat yang sama terpaska menunggu. Kadang-kadang anda dan pasangan perlu berlakon hanya semata untuk mendapat ‘shot’ yang menarik dan tampak mewah.
Betul ke ini cara terbaik untuk erti sebuah kebahagiaan? Adakah pasangan kita itu menikmati rasa bahagia sebenar? Tepuk dada tanya selera.
Ya, memang foto tersebut dirakam untuk tatapan peribadi, bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.
2# Perasaan Bahagia Itu Bersifat Peribadi
Pasangan yang bahagia sebenar dalam satu perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan kepada umum yang mereka bahagia.
Pada mereka, rasa bahagia itu bersifat sangat peribadi. Jadi tidak perlu berusaha atau terlalu fokus untuk menunjukkannya kepada umur di media sosial.
3# Termasuk Kategori Riak
Kebahagian sejati akan menjadikan seseorang itu lebih rendah diri dan menikmati erti kebahagiaan yang sebenar. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya tersendiri.
Apa yang buat kita bahagia, belum tentu mereka yang melihat atau menontonnya turut terasa bahagia. Jadi, apa tujuan mencanangkan kebahagiaan anda yang keterlaluan?
4# Merisiko Kehidupan Keluarga
Anda travel bersama anak ke lokasi A, secara langsung (live) anda update ‘check-in’. Suami outstation tiada di rumah, update secara umur di media sosial. Mungkin anda tidak mengetahui, seramai follower anda di media sosial mungkin ada yang mempunyai niat tidak elok.
Dengan cara anda update semua perkara di media sosia, anda mendedahkan ruang kepada mereka yang mempunyai niat tidak elok dan mendekatkan diri anda dengan kes jenayah. Sekaligus berisiko mendatangkan kecederaan kepada ahli keluarga.
Cuba renungkan dan berfikir dahulu sebelum memuat naik status di media sosial.
Baca Juga: Duit Tidak Boleh Beli Bahagia

5# Tak Perlu Terlalu Bangga Dengan Kebahagiaan Yang Dimiliki
Setiap orang punyai masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tetapi pasangan lain mungkin sedang diuji dan berduka. Jadi tak perlu terlalu berbangga dengan kebahagiaan yang dikecapi hari ini.
Tiada guna membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik daripada mereka.
#6 Bahagia Itu Untuk Dirasai Dan Dinikmati, Bukan Untuk Dipamer
Tidak salah untuk merakam momen ketika anda gembira dan bahagia. Namun, kami pasti, ada pasangan yang mahu menikmati kebahagiaan tanpa diganggu dengan rakaman demi rakaman, atau terpaksa berlakon ‘wefie’ bersama untuk dimuatnaik di media sosial.
Jadilah diri sebenar, nikmatilah kebahagiaan sebenar tanpa perlu menjadi ‘orang lain’.
Akhir kata daripada kami, setiap orang berhak menikmati kebahagiaan yang sebenar. Sebagai satu pasangan, lebih molek jika dua-dua pihak menikmati rasa bahagia yang sebenar..Off record. Nikmatilah ia...
Selalu share makanan walaupun maggi. Enjoy
Geng Borak recently posted…Peniaga Siakap Langkawi RM1,196.80 Bakal Didakwa, Gagal Lengkapkan Dokumen